ONEXOX
BannerFans.com

HARGA KAD TOPUP KEMBALI PADA CAJ ASAL 1 NOVEMBER INI UNTUK MENANGI HATI RAKYAT AGAR TERUS MENGUNDI BN

on Monday, October 19, 2015



KUALA LUMPUR - Harga kad tambah nilai prabayar telefon akan kembali pada caj asal seperti sebelum perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 November ini, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, JKDM telah berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar pengguna tidak dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kad tambah nilai.

Jelasnya, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan tegas jika mereka masih keras kepala.

"Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Apa yang penting, rakyat beli RM10 dapat RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini," katanya.

Kerajaan tidak dapat menerima alasan dari pihak telco seperti sebelum itu bahawa sistem komputer mereka masih belum bersedia, kerana tempoh yang lama telah diberikan kepada mereka.

"Jika pihak telco masih memberikan alasan yang sama, arahan ini tetap perlu dipatuhi iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya jika pihak telco belum bersedia, mengapa pengguna pula yang kena menanggung kos tambahan?." jelasnya.

Pada awal Mei yang lalu, telco telah menawarkan dua pilihan yang tidak menguntungkan rakyat iaitu bersetuju menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 tetapi apabila diaktifkan, pengguna akan menerima nilai RM10. Pilihan kedua pula, pembelian pada harga RM10 dan apabila diaktifkan, pengguna hanya akan menerima 9.45.

Bagaimanapun, netizen enggan menaruh harapan yang tinggi pada kenyataan Johari ini berikutan sudah jemu dipermainkan oleh kerajaan.

"Kejap tarik, kejap serap, kejap pengguna tanggung semula. Sekarang keluar kenyataan harga topup akan dikembalikan pada caj asal. Dah hampir 6 bulan syarikat telco mengaut keuntungan 6% GST dari pengguna, baru sekarang nak ambil tindakan? Sadis!" kata Razman.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved