ALOR SETAR - "Mereka tidak marah lagi pada kerajaan," demikianlah kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Lapor Free Malaysia Today (FMT), beliau berkata, Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat. Ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST dikembalikan kepada mereka dalam pelbagai bentuk.
Ahmad Maslan juga menyarankan kerajaan perlu memperbanyakkan program bagi meningkatkan pendapatan rakyat dengan menggunakan hasil kutipan GST itu bagi membuktikan kerajaan mengembalikan hasil cukai itu kepada rakyat.
"Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.
"Program seperti e-rezeki yang dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat," katanya.
Menurut Ahmad Maslan, Najib akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat dalam pembentangan Bajet 2016 Jumaat depan.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment