ONEXOX
BannerFans.com

Sehelai Spender Aku Pun Kau Tak Pernah Beli – Rita Rudaini

on Sunday, October 25, 2015



ALAMAK.. makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Mana tidaknya, masing-masing dilihat tidak mahu mengalah dan saling sindir-menyindir sesama sendiri menerusi medium laman Instagram.

Semuanya bermula apabila aktres jelita itu mendedahkan Aidil masih belum melangsaikan bayaran mutaahnya bernilai RM30,000 meskipun mahkamah telah mengeluarkan perintah.

Kalau semalam, Aidil menyelar kenyataan Rita dengan ayat yang berbunyi, ‘Nak duit ke, nak mempertahankan maruah?’. Kali ini, giliran Rita pula tampil membidas kenyataan tersebut dengan ayat yang begitu pedas sekali.



Btul ke xdpt surat? Ke xreti baca? Mmg sy perjuangkn maruah..tp nama pon ARTIS..mesti la reporter cari..bukan mcm ko,pergi cari reporter nak bgtau cite! So dah reporter tanya 'dia dah byr blum?' Xkan sy nak jwb 'dah' walau pon blum..sy bukan kaki klentong mcm ko..kt mahkamah pon ko ckp menipu! Sehelai spenda aku pon ko xpernah beli or sebiji gula hacks pon ko xpernah beli tp kt mahkamh ko ckp smua baju n alat mekap aku ko beli.ko nsk tau kenapa ko kalah n kenapa ALLAH xtolong ko?? Sbb hidup ko asyik menipu n aniaya org! Aku dr mula kwn dgn ko n kawen dgn ko aku xpernah ambik or guna duit ko! Ko masuk umah pon ko just cuci kaki bwk baju ko je! So aku xhadap duit ko tu tp DAH REPORTER TANYA AKU,AKU JUST CKP BENDA YG BTUL! Ko xpyh nk gelabah sgt! Xpyh belagak sgt laa bila dah ada duit..duit buat ko jadi buta hati! Ingt asal usul..ALLAH bg ko senang ada sbb..lain kali dtg dpn muka aku ckp.xpyh berani guna ig.aku tau ko tu buta IT.blog pon ko xreti bukak.watsap ko yg kena block tu pon ko bgtau aku 'mcm mana sy nk bukak balik' ☺️ so?? Aku rasa ko pon ingt lagi kan sapa yg byk sara sape dulu! Walau pon ko buat2 lupa tp ALLAH xlupa.masukkn smua kt ig nk cari publisiti murah..kang nnti aku kluarkn msg2 rahsia ko,baru ko nak diam kot..satgi ada plak ribut taufan melayang pinggan.guna otak sblm buat apa2..jgn guna kepala buku lali mcm main bola! #kiamatladuniaklaujemahtauscandal #biladptbinibodolakiponjadibodo #klaudptbinicerdikxkanbuatkerjabodo #dptbiniygbimbosenangnkklentong MEMALUKAN NAMA TMJ N JOHOR JE DPT ORG XCERDIK N SUKA BUAT MASALAH!! #duitbyktpklaubodoponxguna ko ni xabis2 nk kacau hidup aku kenapa?? Klau ko bahagia ko xkacau hidup aku kan! Jap g jemah buat acc fake laaa 😂😂😂 acc fake mmg laju masuk sbb jemah 24jam skodeng!
A photo posted by rita rudaini (@ritrud727) on

“Betul ke tak dapat surat? Ke tak reti baca? Memang saya perjuangkan maruah.. tapi nama pun ARTIS.. mesti la reporter cari.. bukan macam kau, pergi cari reporter nak bagitau cerita!

“So dah reporter tanya ‘dia dah bayar belum?’ Takkan saya nak jawab ‘dah’ walaupun belum.. saya bukan kaki kelentong macam kau.. kat mahkamah pun kau cakap menipu!

“Sehelai spender aku pun kau tak pernah beli or sebiji gula Hacks pun ko tak pernah beli tapi kat mahkamah kau cakap semua baju dan alat mekap aku ko beli.

“Kau nak tau kenapa kau kalah dan kenapa ALLAH tak tolong ko? Sebab hidup kau asyik menipu dan aniaya orang!

“Aku dari mula kawan dengan kau dan kawen dengan kau, aku tak pernah ambil atau guna duit kau! Kau masuk rumah pun kau just cuci kaki bawa baju kau je!

“Aku rasa kau pun ingat lagi kan siapa yang banyak sara siapa dulu! Walau pun ko buat-buat lupa tapi ALLAH tak lupa,” tulis Rita.

Nampaknya Rita betul-betul bengang dan berang dengan pemain bola sepak tersebut hingga habis semua cerita rumah tangga mereka dahulu dibongkar.

Jika difikirkan, tidak hairanlah mengapa ibu tunggal dua anak ini begitu marah dengan bekas suaminya.

Diharapkan Aidil cepat-cepatlah melangsaikan hutangnya agar semua persengketaan ini dapat diselesaikan segera. Tambahan pula, rasanya gaji Aidil pun lebih daripada cukup untuk membayar wang tuntutan Rita.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved