ONEXOX
BannerFans.com

'HANG MAI SINI BUAT APA? PERGILAH BUAT IC DI BALAI POLIS DAH NAK SANGAT DENGAR CAKAP POLIS' - PEGAWAI JPN

on Thursday, November 19, 2015



Kes petang tadi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sungai Petani.

Dua minggu lepas, aku pergi JPN nak buat MyKad sebab kena ragut. Aku dapat kaunter nombor tujuh. Nama pegawai dia Rezuan. Dia kata aku cuai menyebabkan diri kena ragut dan aku kena bayar denda.

Aku tanya balik pada dia, apa kecuaian aku? Awat aku saja-saja pergi tadah bagi kena ragut ka? Selepas itu, aku beritahu yang polis kata tak dikenakan denda sebab ini pertama kali MyKad aku hilang. Itu pun sebab kena ragut. Aku beritahu sekadar info yang aku tahu.

Dia jawab balik pada aku seperti ini:

"Kalau hang dah kata macam tu, hang mai sini buat apa? Hang pi sajalah buat MyKad di Balai Polis tu dah nak dengar cakap polis sangat,".

Alamak?! Kau dah buat aku bengang. Dengan kasar aku tanya balik, "Boleh ka buat MyKad di Balai Polis?! Boleh ka?!"

Pandai pula dia jawab tak boleh. Jadi dah tahu tak boleh, kenapa suruh pergi balai polis buat MyKad?

Aku sabar, aku diam lagi. Tetapi hari ini sekali lagi Rezuan itu menunjukkan belangnya dan perempuan di Kaunter 8 pula bercakap kancing-kancing gigi lagi, uishh! Dahsyat mereka ni, saja nak buat aku ungkit balik cerita. Ingat aku ini jenis tunduk saja ka kalau mereka bersikap biadab?? Jenis angguk-angguk saja dan mereka sewenang-wenangnya boleh memperlekehkan aku di tempat awam?

Kalau aku viral, kau kata aku ambil jalan mudah. Tetapi pengajarannya kau kena ambil jangan malukan orang, jangan perlekehkan orang di tempat awam sebab orang lain pun malu sama macam kau malu sekarang bila dah kena viral.

Tak payah bangga dan perasan hebat bila kau duduk di kerusi kerajaan. Sebab esok kau mati bukan mereka tanam di situ pun. Mereka tanam kau sama tempat juga dengan orang kutip botol tepi jalan. Tak ada beza okay.

Kami pergi bukan minta pertolongan kau tetapi minta perkhidmatan kau sebab kau pekerja. Cukup bulan ambil gaji, bukan percuma. Hormat orang kalau nak orang hormat kau. Orang berbudi, aku berbahasa. Tapi kalau cara kau pun biadab, macam mana aku nak hormat?

Pegawai di Kaunter 10 boleh pula dia berbudi sampai selesai urusan aku.

Aku minta izin lagi nak viralkan, rakam gambar depan-depan. Bukannya rakam secara curi-curi. - Fiezaa Matt Din

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved