ONEXOX
BannerFans.com

'NAK JIMAT BELANJA, TANAMLAH SAYUR-SAYURAN, BUKANNYA BUNGA'

on Monday, November 23, 2015



PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia diminta menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri berbanding dari menanam bunga dan pokok-pokok perhiasan, demikian saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya, dengan cara itu rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport yang kini harganya semakin mahal, kesan kadar pertukaran dan nilai ringgit yang susut berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan. Maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," katanya di Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR) Bukit Katil).

"Semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah.

"Program 'Jom Bertani' tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada (menanam) pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah. Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya berseloroh.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved