ONEXOX
BannerFans.com

Punca Nabil Ahmad Rasa Bersalah Terhadap Salleh Yaakob & Raja Azura Harus Dibaca

on Thursday, December 3, 2015

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad berasa bersalah terhadap pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mereka menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak berpuas hati dengan gimik penukaran pengacara pada Gegar Vaganza 2 minggu kelima lalu.

Nabil, 32, berkata, perkara tersebut hanyalah gimik yang diambil serius oleh penonton sehingga ada yang sanggup melontorkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada dua pengacara veteran itu.

“Saya rasa bersalah pula kerana itu adalah gimik semata-mata. Kita tidak ada niat pun untuk tukar pengacara tetapi produksi cuma ingin tahu bagaimana reaksi penonton sahaja kerana sebelum itu saya dan Jihan sering dikecam.

“Penonton pula terlalu ambil serius tentang perkara itu sehingga ada yang tulis macam-macam dan bandingkan kami dengan Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mahukan saya dan Jihan terus jadi pengacara dalam Gegar Vaganza 2,” ujarnya kepada mStar Online.

Nabil ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media siri animasi Didi & Friends, di Piching Centre, Platinum Sentral, di sini, Khamis.

Sementara itu, bercakap tentang gaya pengacaraannya yang dikatakan tidak sensitif dan terus dengan lawak-lawak kasar, Nabil berkata ia sudah diatur oleh pihak produksi.

Katanya, dia pernah meminta untuk tidak terlalu keterlaluan pada minggu ketiga selepas menerima pelbagai kritikan, namun program tersebut menjadi hambar dan tidak meriah.

“Ketika awal-awal kena kecam dengan orang ramai, saya juga tidak tahan dan minta untuk tone down sedikit pada minggu ketiga.

“Namun, selepas tamat rancangan itu, saya dapat maklum balas yang kebanyakkannya tidak suka dan mahu saya jadi diri sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, jelasnya, lawak-lawak berkaitan hal rumah tangga juri tetap iaitu Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu.

Selain itu, tambah Nabil, usikannya terhadap penyanyi Farahdhiya juga hanyalah di atas pentas semata-mata.

“Kami ada sesi latihan dan apa yang saya nak cakap kepada peserta dan juri semua kami sudah tahu.

“Macam usikan-usikan saya terhadap Farahdhiya juga tidaklah sampai keluar. Saya sebanarnya jarang berborak pun dengan dia di belakang pentas,” ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkata, Gegar Vaganza 2 juga antara program yang meletakkan namanya dalam dunia pengacaraan sebaris pengacara popular.

Dia juga berbangga menjadi salah seorang yang penyumbang kepada fenomena program tersebut setiap minggu.

Gegar Vaganza musim kedua kini memasuki minggu ke 7 dan bersiaran setiap Ahad secara langsung dari Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ia turut disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved