BAHAYA AIR REVERSE OSMOSIS (RO WATER) TERBONGKAR

on Friday, March 25, 2016



Bukan nak buruk-burukkan air RO ni tetapi terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak air ni kerana kat luar sana masih ramai belum tahu pasal bahaya air RO ni.. Harap kawan2 kt FB ni boleh terima dengan hati terbuka..

Fitrah air mmg ada zat & mineral.. Sistem reverse osmosis bukan sahaja menapis & membuang benda tak elok dalam air seperti karat & klorin, tetapi benda yang elok seperti zat & mineral daripada air tersebut.. Ini menjadikan air RO betul2 'bersih' iaitu kosong tanpa apa2 didalamnya.. Bila kita minum air RO ni, air tersebut akan ambil zat & mineral daripada badan kita seperti dari tulang dan membawa keluar zat & mineral tersebut melalui air kencing..
Sebabnya, memang fitrah air kena ada zat & mineral..

Untuk mereka yang memang mengamalkan air RO ni secara berterusan, saya nasihatkan anda untuk pergi ke klinik untuk test kepadatan tulang anda.. Jangan terkejut jika hasilnya tulang anda tidak kuat.. Tapi saya harapkan yang baik2 untuk anda semua.. Di sini saya nak kongsikan kisah keluarga yang mengamalkan air RO selama 12 Tahun hasil perkongsian Whatsapp:

"Assalamualaikum teman2.

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menggunakan air RO selama 12 tahun sekeluarga.

Saya mula membeli penapis air sistem RO agak terkenal di m'sia pd tahun 2002.

Pada tahun 2005 Suami saya disahkan slip disc.

Ketika operation doktor sgt terkejut kerana tulang yg perlu dipotong x perlu menggunakan cutter tetapi guna tangan sahaja sudah memadai. Masih teringat kata2 doktor ketika melawat suami di wad.

"Apa awk dah buat dgn tulang awk? Awk meyenangkan kerja saya...rapuh sangat tulang awk...guna tangan aje dah patah." Sambil ketawa.

Suami agak terasa

Pada tahun 2007 , 5 tahun setelah meminum RO Saya mengalami masalah haid tidak teratur...

Saya pernah keguguran dan pada 2009 Saya disahkan mengalami fibroid dan masih menderita masalah haid . terpaksa mengambil pil hormon untuk mengatasinya...

Akhirnya masalah semakin tidak dpt dibendung kerana fibroid dan masalah haid semakin serius. Akhirnya keputusan yg berat terpaksa diambil ...

Saya terpaksa dibedah membuang rahim kerana mengalami pendarahan yg melampau sehingga kekurangan darah.

Anak2 saya juga mengalami masalah haid tidak teratur. Mereka membesar dengan air r.o.

Setelah diamati dan diteliti tidak keterlaluan jika saya menyimpulkan penyebabnya adalah kerana kesan dari meminum air r.o.

Yg berasid dan kehilangan fitrahnya

Sebagai bukti bagi menguatkan lg kesahihan itu ialah seramai 5 orang rakan2 saya mengalami komplikasi yg yg sama iaitu reput tulang ,kanser dan masalah haid

Dan kelima lima mereka minum air ro dari jenis penapis yg sama

Kes 1
Anak remaja salah seorang rakan telah disahkan mengidap kanser ovari tahap 4
Kes 2
Seorang rakan merupakanjiran juga slip disc....
Kes 3
Seorang lagi mengalami patah kaki tidak semena mena ketika sedang berjalan . .macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya....tulang menjadi sangat.rapuh .
Kes 4
Seorang lagi jiran mengadu suaminya terpaksa dimasukkan ke wad hospital . Masalahnya tulang bahu terkeluar dari engsel buat kali kedua.. didapati tulang bahunya rapuh dn slip dari bahu.
Kes 5
Rakan yg mmperkenalkan penapis ro itu sendiri, ibu dan adik nya disahkan breast canser.

Byk lagi kes kes diluar sana . Sudah sampai masa info info ini di ambil serius.

Atas dasar pengalaman dan pengamatan..Mudahan memanjangkan manfaat dan menjadi tauladan. Bukan meraih kemudaratan berpanjangan."

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

INILAH Cara Baiki Gearbox Auto Yang Ramai TAK TAHU !!



Ramai pengguna kereta hari ini menggunakan gear auto khususnya pengguna di bandar- bandar besar yang sering mengalami kesesakan. Gear auto mudah rosak jika tidak diselenggara dengan betul. Jika tidak kena caranya kos membaikinya boleh mencecah ribuan ringgit.

Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman membaiki gear auto ini dengan pembaca. Ini memudahkan anda yang mempunyai masalah yang sama mengambil tindakan yang serupa supaya kita tidak ditipu oleh pomen yang tidak bertanggungjawab.

Saya pakai Proton Putra 1.8 auto sudah 13 tahun. Baru-baru ni gearnya meragam. Masuk gear 4 dia slip, gear macam free dan enjin mengaum. Tapi bila off Over Drive, ok pula. Tapi gear sampai 3 sahajalah dan bila bawa kereta enjinnya terasa berat dan RPM tinggi.

Bila jumpa pomen macam-macamlah dia punya teori. Valve body kotorlah. Kena overhaullah atau beli gear second hand. Harganya dekat 2 ribu. Memang pomen cap ayam. Saya cuba cari sendiri masalahnya. Saya search google dan saya temui jawapannya.

Saya kena tukar end clucth sahaja. Jadi saya berbincang dengan pomen yang pandai dan tahu masalah ni. Sekarang gear kereta saya dah ok. Harga end clucth terpakai hanya sekitar RM350 ringggit dan kos baikinya tak sampai RM500 ringgit.

Jadi nasihat saya kat pengguna kereta auto berhati-hatilah hantar kereta ke bengkel kereta untuk membaiki kerosakan. Pastikan pomen tu betul-betul mahir. Pomen cap ayam ada di mana-mana sekarang. Mereka tahu kaut untung sahaja. Satu lagi bagi pengguna kereta auto ni, mereka hendaklah sentiasa menjaga minyak ATF. Tukar setiap 20 ribu km bersama penapisnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'Astro, Sila Saman Saya Di Atas Servis Yang Tidak Dilanggan!'

on Monday, March 7, 2016



Astro memang banyak caj tersembunyi. Perkara ini berlaku pada diri saya sendiri apabila nak menamatkan langganan Astro.

Selepas menghubungi pihak Perkhidmatan Pelanggan Astro, mereka berkata jika saya mahu menamatkan langganan, saya pergi menghantar notis sebulan sebagaimana yang dinyatakan dalam pernjanjian.

Spontan saya berkata, "Tiada dalam perjanjian dan jika ada, dalam klausa yang ke berapa?"

Malangnya, pegawai khidmat pelanggan itu tidak dapat menjawab soalan saya dan mengakui dia tidak tahu mengenai perkara itu. Jadi saya pun bertanya apa yang perlu saya lakukan jika saya nekad mahu menamatkan langganan Astro pada hari yang sama juga.

"Encik perlu pergi ke Pusat Servis Astro yang terdekat," katanya.

Jadi, saya bergegas pergi ke Pusat Servis Astro di Taman Molek, Johoh Bahru. Sampai di sana, kakitangan dan pengurusnya berkata saya tidak boleh menamatkan langganan pada hari ini. Mereka bertegas menyatakan bahawa saya perlu memberikan notis sebulan.

"Tiada syarat dalam perjanjian yang mengatakan perlu notis sebulan. Jika ada, sila kemukakan bukti yang ditandatangani oleh saya itu," kata saya kepada mereka.

Malangnya, mereka gagal menunjukkan bukti dan menggalah .Tetapi, mereka berikan syarat. Jika saya nak tamatkan langganan perkhidmatan Astro pada hari ini juga, saya perlu memulangkan dekoder, remote dan semuanya kecuali piring.



Oleh kerana rumah saya berhampiran, saya memilih untuk pulang dan mengambil semua barangan Astro, kabel, dekoder, dan remote control dan kembali ke pusat servis berkenaan dan serahkan kepada mereka. Saya juga telah membuat pembayaran dan diarah menandatangani dokumen pemulangan dekoder.

Jadi, dengan rasminya Astro mengesahkan akaun saya telah ditutup dan tiada apa-apa lagi caj selepas ini.

Tiba-tiba, tiga bulan kemudian selepas itu, Astro telah menghantar satu surat tuntutan tunggakan beserta surat peguam dengan alasan pembayaran akaun Astro saya tertunggak sebulan sebab by hook or by crook, mahu menamatkan langganan perkhidmatan Astro perlukan notis sebulan.

Dipendekkan cerita, selepas bertekak dengan pegawai khidmat pelanggan Astro dan maklumbalas kepada peguam mereka yang kurang bijak itu berserta dengan bukti penutupan akaun, pemulangan dekoder dan resit-resit bayaran rasmi, mereka terus senyap sehingga ke hari ini.

Saya cuma menegur peguam lantikan Astro yang kurang cerdik itu.

Sila saman saya atas servis yang saya tidak langgan. Akaun yang sudah ditutup dan dekoder juga telah dipulangkan atau saya saman pihak berkenaan kerana cuba menipu dan membuat tuntutan palsu!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca penutupan kilang Samsung Seremban terjawap

on Tuesday, March 1, 2016



KUALA LUMPUR: Penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd (SDMA) di Seremban, Negeri Sembilan adalah berdasarkan persekitaran perniagaan yang mencabar dan keadaan pasaran yang tidak stabil.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud berkata, langkah ini susulan pelaksanaan pelan strategik Samsung untuk menambah baik keseluruhan kecekapan perniagaan dalam operasi entiti Samsung di Malaysia.

"Adalah malang bahawa kilang pengeluaran televisyen Samsung Electronics di Seremban terpaksa menghentikan operasinya. Walau bagaimanapun, kita menyedari bahawa ia adalah keputusan yang dibuat selepas pertimbangan yang teliti.

"Kami memahami bahawa penutupan adalah disebabkan oleh persekitaran yang mencabar dan penyusunan semula operasinya di Malaysia. Namun, kami gembira bahawa Samsung komited untuk menyediakan program sokongan yang adil dan sesuai untuk pekerja yang terjejas," kata Azman dalam satu kenyataan.

Meskipun dengan penutupan ini, MIDA yakin Samsung akan terus menjadikan Malaysia sebagai pusat penting dalam pasaran ASEAN melalui entiti lain seperti Samsung Electronics Malaysia Sdn. Bhd. (SEMA), Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (SME) dan Samsung SDI Energy Sdn. Bhd. (SDIE).

SEMA adalah satu-satunya kilang Samsung yang menghasilkan ketuhar gelombang mikro di dunia manakala SDIE menghasilkan satu pertiga daripada pengeluaran sel bateri global Samsung.

Satu lagi entiti, Samsung Engineering (Malaysia) Sdn. Bhd. banyak terlibat dengan beberapa projek hidrokarbon dan perindustrian di Malaysia.

Sebagai sebuah kumpulan di Malaysia, Samsung melaporkan akan mengekalkan lebih daripada 5,000 tenaga kerja di negara ini.

Syarikat itu juga komited dalam menyediakan program sokongan yang adil dan munasabah bagi pekerja yang terjejas.

Tambahnya, pekerja-pekerja yang berpotensi akan diserap ke entiti Samsung lain di Malaysia.

"Keutamaan kami berikutan pengumuman yang dibuat Samsung adalah untuk memastikan gangguan minimum kepada pekerja yang terjejas. Kami juga akan bekerjasama dengan Samsung untuk memastikan peralihan ini berjalan dengan lancar.

"MIDA masih terbuka dan komited untuk menyokong dan memudahkan sebarang potensi pelaburan oleh Samsung di Malaysia pada masa depan," kata Azman.

Samsung pada Sabtu mengumumkan akan menamatkan operasi SDMA di Seremban, Negeri Sembilan, pada April.

Kesemua 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan.
Samsung berkata ia akan menyediakan khidmat kaunseling kerjaya dan latihan vokasional kepada pekerja yang terlibat.

Menurut MIDA, Malaysia pada tahun lepas menarik 521 projek pembuatan tambahan untuk sembilan bulan pertama. Negeri Sembilan sahaja menarik 29 projek baru.

Projek perkilangan baru yang diluluskan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan untuk 1,930 penduduk tempatan dalam industri berkenaan di negeri itu.

Tambanya, industri elektrik dan elektronik (E&E) terus menjadi pemacu utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan yang besar kepada pengeluaran pembuatan, pekerjaan, pelaburan dan eksport negara.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Pelajar lemas dalam kolam renang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V Seremban

on Friday, February 26, 2016



Seremban: Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, di sini, ditemui lemas dalam kolam renang sekolah berkenaan, petang tadi.

Difahamkan, mangsa Muhammad Daniel Abdul Razak, 17, mandi di kolam itu bersama beberapa pelajar sebelum lemas.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mereka mandi di kolam itu tanpa pengetahuan guru sebelum dilihat seorang guru yang sedang membuat persiapan hari sukan lalu mengarahkan mereka meninggalkan kolam, kira-kira 3 petang.

Menurutnya, ketika semua pelajar keluar, mangsa dilihat masih berada dalam kolam dan sudah tidak sedarkan diri sebelum guru itu mengarahkan mereka membantu mengangkat mangsa dan memberi bantuan pernafasan.

"Pihak sekolah kemudian menghubungi pegawai perubatan Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bantuan. Mangsa dibawa ke hospital berkenaan menggunakan ambulans sebelum disahkan meninggal dunia.

"Susulan kejadian itu, guru berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pada 6 petang. Pegawai penyiasat ke hospital untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata, mayat diserahkan ke Unit Forensik HTJ untuk bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Isteri Izinkan Kahwin Lain Sebab Dia Selalu Kerja Syif Jadi Perbualan Hangat Para Suami

on Thursday, February 25, 2016



Hari ini, saya nak kongsikan luahan saya. Saya hanyalah perempuan biasa-biasa sahaja. Umur 25 tahun, Alhamdulillah belum pernah bercinta lagi. Tetapi ramai yang sudah mula 'bising' kata, saya sepatutnya sudah ada teman lelaki.

"Herrr?? Ingat senang ke??"

Saya jenis yang tidak senang duduk bila berdepan dengan lelaki walaupun saya sebenarnya jenis yang gila-gila. Ada sesiapa yang sama situasi dengan saya?

Ada juga yang cuba mahu berkawan, tetapi saya bukanlah jenis reti sangat nak berkawan dengan lelaki. Tetapi baru-baru ini ada seorang lelaki yang cuba merisik-risik di Facebook. Memang islamik bukan main lagi, saya hanya balas mesej dia biasa-biasa sahaja. Layan tak layan, sama banyak.

Memang tidak dinafikan yang saya seperti mahu juga untuk mengenali dia dengan lebih dalam sebab dia macam islamik kan. Siapa yang tak nak lelaki islamik?

Bila kami bersembang-sembang, rupa-rupanya dia sudah kahwin. Wow! Sudah dua tahun berkahwin dan ada anak seorang. Saya pun bertanya pada dia, kenapa mahu kahwin lagi.

"Isteri saya selalu kerja syif. Kami selalu tidak dapat bersama," jawabnya.

Saya menjadi terkedu bilamana dia mengaku mahu kahwin lagi disebabkan nafsu. Tetapi dia cuba jelaskan yang dia boleh berlaku adil dan isteri dia mengizinkan dia kahwin lagi.

Bahagian yang paling menarik ialah, dia keluarkan habis semua dilil ayat Quran hadis sunnah semualah.

"Eeeee! Ya Allah! Rasa macam nak belasah saja lelaki ini!"

Kasihan pada isteri dia dapat suami seperti ini. Habis saja dia ceramah tentang poligami, giliran saya pula berceramah pada dia. Tetapi saya tak retilah nak keluarkan hadis dalil semua itu. Saya cuma bercakap berdasarkan fakta sahaja.

Kepada yang lelaki bergelar suami itu, kalau dah kahwin, buatlah cara dah kahwin. Hargai isteri sendiri dan bila ada masalah, jangan nak fikir kahwin lain sahaja. Berbincanglah dengan isteri baik-baik, jangan sampai orang luar tahu masalah kita, tetapi isteri sendiri tidak tahu apa masalah suami. Amanah suami besar bila dah jadi seorang suami. Haisyhh! Saya mulalah nak berceramah ni. Rasa mendidih pula bila bercakap tentang hal ini.

Tetapi jangan salah faham, saya bukan 100% menghalang poligami. Saya tak halang kalau dah memang betul ada masalah. Contoh dah kahwin bertahun-tahun tetapi masih tak dikurniakan anak atau isteri ada masalah kesihatan atau apa-apa masalah yang munasabah. Jangan disebabkan nafsu, suami asyik nak fikir kahwin lain sahaja. Itu bukan penyelesaian yang terbaik.

Saya tahu ramai lelaki yang baik di luar sana. Harap-harap saya juga dapat berjumpa dengan lelaki yang baik dan doakan saya menjadi perempuan yang baik juga. InshaAllah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Hafizah Sebagai Ikon Belia. Tiada Vape. Tiada Pembarisan. Tiada Pangkat Datuk. Salute!

on Tuesday, February 23, 2016



23 Feb - Baru-baru ini, nama Malaysia diharumkan dengan penglibatan seorang pelajar PhD dari Malaysia Hafizah Noor, dalam membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas.

Kejayaan itu mencetuskan cadangan dari pelbagai pihak agar Hafizah, 29, dicalonkan sebagai ikon belia.

Kini, cadangan tersebut turut dipersetujui oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ yang berkata dia sendiri akan mencalonkan Hafizah.

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Asrul Asfar, bertanyakan kepada KJ samada kerajaan ada merancang untuk mencalonkan Hafizah sebagai ikon belia.

Tweet tersebut mendapat perhatian dari KJ yang berkata beliau sendiri akan mencalonkan Hafizah :

"Satu idea yang bagus. Anugerah biasa diberi pada Hari Belia bulan Mei. Saya akan calonkan.", kata KJ.

Selain itu, KJ juga turut menjelaskan tentang pengertian 'ikon belia' apabila ditanya mengenai kriteria yang diperlukan untuk menjadi salah satu darinya.

"@Khairykj @asrulmm @KBSMalaysia Yb selalunya apa kriteria untuk dipilih sebagai "ikon belia"?", tanya pengguna Twitter Aizie Suib.

KJ kemudian menjawab : "Itu gelaran tidak rasmi diberi kepada penerima Anugerah Khas Hari Belia Negara tiap2 tahun. "



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Bangla ditangkap basah dengan isteri orang di Rahang amat mengezutkan



Kejadian ini berlaku di Rahang Negeri Sembilan. bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita berstatus isteri orang dicekup jirannya.

Jiran-jiran mula curiga dengan tindakan bangla ini. apabila selalu masuk dan keluar rumah wanita ini ketika suaminya tiada dirumah

Ketika dicekup wanita terbabit bersama teman lelakinya warga bangladesh berada di dalam rumah, pasangan ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

 
© AANS BLOG All Rights Reserved