ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

'60% WARGA BANDAR ENGGAN URUSKAN JENAZAH AHLI KELUARGA SENDIRI'

on Sunday, January 24, 2016


Gambar hiasan

Sudah bertahun-tahun isteri saya mengurus dan memandikan jenazah perempuan. Secara puratanya, 8 jenazah yang diurus mandi pada setiap bulan. Soalan yang saya kerap tanya pada isteri ialah:

  1. Muda atau tua?
  2. Di mana (taman atau kampung)?
  3. Sakit apa?
  4. Bila mati?
  5. Mati di mana?
  6. Anak berapa orang?
  7. Agak-agak berapa umur anak yang sulung? 


Semua ini menjadi penanda aras/bancian kepada saya apa punca kematian, bagaiman si mati diurus jaga sebelum/selepas mati dan sikap waris kepada si mati.

Berdasarkan umur dan bilangan iaitu 8 orang yang mati dalam seminggu:

  • Bawah 55'an hampir 70% yang meninggal akibat barah.
  • Atas 56 tahun, hampir 30% mati kerana kencing manis, buah pinggang, jantung, sakit tua dan lain-lain. 


90% keadaan jenazah yang mati di kampung terurus bersih kerana ada orang-orang tua tempatan yang selalu tunggu berada di sisi si pesakit sehingga di saat mati, ada pengetahuan apa yang perlu dibuat ke atas jenazah sebaik sahaja mati dan kebetulan ada talian persaudaraan.

60% keadaan jenazah yang mati warga taman di taman perumahan terbiar keseorangan, semua sendi tulang 4 kerat keras menyebabkan kesukaran memberi mandi, kurang terurus bersih kerana tiada orang-orang tua.

Sebaliknya majoriti warga taman generasi muda yang siang malam bekerja tak ingat mati:

  1. Hubungan antara jiran renggang,
  2. Tak selalu pergi ke surau/masjid, 
  3. Tidak pernah menghadapi suasana kematian, 
  4. Tidak tahu nak buat apa terhadap jenazah sebaik berlaku kematian dan langsung tiada keperluan barangan asas untuk jenazah. 
  5. Walaupun disuruh dan diminta, anak-anak takut nak mengurus mandi jenazah ibu bapa sendiri.


Sekarang ini telah ada waris 'tidak suka' bawa balik, urus, mandi dan kapan jenazah di rumah. Mereka lebih suka segalanya dibuat oleh masjid. Sekiranya mati di hospital, mereka lebih suka segalanya dibuat di hospital.

Lebih tragis, ada waris terlepas cakap "tidak mahu menyusahkan' rumah. Jadi mereka mahu semua urusan di hospital atau masjid/surau dan terus ke tanah perkuburan.

Bagi jenazah yang sakit lama sebelum mati, jenazah ini lebih tidak terurus, berbau sehingga menyesakkan hidung, kulit mengelupas dan banyak luka.

Kesimpulannya:

  • Keadaan jenazah memberi gambaran siapa warisanya.
  • Ingat kembali bagaimana kita jaga urus ibu bapa kita semasa mereka sakit dan bagaimana kita urus jenazah mereka sebaik saja mereka mati.
  • Lebih tragis bagaimana anak-anak kita nanti akan jaga urus semasa kita sakit dan selepas kita digelar jenazah.
  • Bacaan Quran, solat, doa dan semuanya boleh diupah kerana anak-anak kita berjaya kaya tetapi hanya doa dari anak yang soleh diterima di sisi Allah SWT walaupun anak kita hanya seorang tukang sapu.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Apa Kata PU Rahmat Kes Viral Selfie Menyusu Anak Dengan Susu Kopek Dan Muatnaik Di Laman Sosial

on Sunday, January 10, 2016



Nampaknya isu gambar menyusu bayi yang dimuatnaik ke laman sosial semakin panas apabila terbaru sebuah Facebook bernama Amran Fans telah menerima amaran daripada pihak Facebook kerana ramai netizen mula melaporkan mengenai sebuah pos Amran mengenai perkara tersebut kerana disifatkan mereka sebagai menyebar aib kerana gambar tidak disensor terlebih dahulu.

Isu ini mula tercetus apabila ibu-ibu muda telah muatnaik gambar selfie mereka sedang menyusu badan anak ke laman sosial yang kita kena ketahui ia universal dan tiada tempat yang sebenarnya 'private' dan ramai yang berkongsikan gambar berkenaan.

Apapun admin tidak mahu ulas panjang isu ini, jom kita baca apa pandangan atau kata-kata dari seorang agamawan iaitu Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan.

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi sayangi diri dengan sifat malu dalam diri

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Hikmah Disebalik Runtuhan Kren di Masjidil Haram

on Monday, September 14, 2015



Ada beberapa keutamaan Jemaah Haji yang menjadi korban tertimpa crane di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui hikmah dalam masalah ini.Wallahu a’lam. Diantaranya :

1. Meninggal di hari yang mulia, yaitu Jumaat.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ »
Ertinya: “Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya’la, dan Al-Baihaqi).

2. Meninggal kerana tertimpa runtuhan.

Rasulullah shalallahu alaihi wasallam bersabda:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ: الْمَطْعُوْنُ وَالْمَبْطُوْنُ وَالْغَرِقُ وَصاَحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيْدُ فِي سَبِيْلِ اللهِ
“Syuhada itu ada lima, yaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, orang yang meninggal kerana penyakit perut, orang yang mati tenggelam, orang yang meninggal kerana tertimpa runtuhan, dan orang yang gugur di jalan Allah.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari hadits Abu Hurairah).

3. Meninggal di jalan Allah, yaitu sedang atau akan beribadah haji.

Abu Hurairah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam :
مَا تَعُدُّوْنَ الشَّهِيْدَ فِيْكُمْ؟ قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ. قَالَ: إِنَّ شُهَدَاءَ أُمَّتِي إِذًا لَقَلِيْلٌ. قَالُوْا: فَمَنْ هُمْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَنْ قُتِلَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ, وَمَنْ مَاتَ فِي سَبِيْلِ اللهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فيِ الطَّاعُوْنَ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ، وَالْغَرِيْقُ شَهِيْدٌ
“Siapa yang terhitung syahid menurut anggapan kalian?” Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid.” Beliau menanggapi, “Kalau begitu, syuhada dari kalangan umatku hanya sedikit.” “Bila demikian, siapakah mereka yang dikatakan mati syahid, wahai Rasulullah?” tanya para sahabat. Beliau menjawab, “Siapa yang terbunuh di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal di jalan Allah maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit tha’un2 maka ia syahid, siapa yang meninggal karena penyakit perut maka ia syahid, dan siapa yang tenggelam ia syahid.” (HR. Muslim)

4. Meninggal ketika sedang beramal solih.

Hudzaifah radhiyallahu anhu menyampaikan sabda Rasulullah shalallahu alaihi wasallam:
مَنْ قَالَ: لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ. وَمَنْ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ
“Siapa yang mengucapkan La ilaaha illallah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang berpuasa sehari karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk surga. Siapa yang bersedekah dengan satu sedekah karena mengharapkan wajah Allah yang ia menutup hidupnya dengan amal tersebut maka ia masuk syurga.” (HR. Ahmad, sanadnya sahih).

Semoga Allah menerima amalan para korban jatuhnya crane di Masjidil Haram dan menjadikan mereka sbg para syuhada.

Innalillah wa inna ilaihi rooji’uun Taqobbalahumullah minas syuhadaa..

Innalillah Wa inna laihi Rooji’un
AL FATIHAH…


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Upah menguruskan jenazah membebankan?

on Monday, September 7, 2015



Asalamu'alaikum kepada semua pembaca, doakan kita semua mendapat petunjuk dan kekuatan daripada Allah Robbul Jaliil dalam menelusuri jalan hambaNya yang diredhoi.

Cik Puan Diana meminta saya mengulas tentang gambar tentang upah pengurusan jenazah yang banyak dikongsi di newsfeed facebook beberapa hari yang lalu. Macam-macam komen. Saya malas baca, dah delete. Saya memang camtu.

Sekali imbas, ia membebankan, ya.

Dua kali imbas, kita jugak kena tau, kita ni tak boleh susahkan orang, sama ada kita hidup atau setelah kita meninggal nanti, kita dilarang menimbulkan kesulitan kepada mana-mana manusia. Itu manusia yang baik.

Manusia yang baik adalah mereka yang boleh memberi manafaat kepada orang lain. Itu yang pernah kita dengar. Sebaliknya, manusia yang jahat ialah manusia yang banyak menyusahkan orang lain. Itu jarang kita dengar. Saya yang kata camtu.

Benar Nabi mengajar pengurusan jenazah ialah fardzu kifayah. Ia sepatutnya dijalankan secara jemaah, musyawarah, masyarakah dan seumpamanya. Ia baik.

Tapi andai ia menimbulkan kesulitan kepada orang lain, tak salah disertakan upah, malah digalak. Digalak atas sebab pada peranggan keempat tadi.

Sulit benar pengurusan jenazah, melibatkan orang ramai, tambah pulak zaman la ni siapa saja pun yang reti uruskan? Hang reti?

Kalau tak reti, upahlah. Mana ada salah. Iklan banner tu bukan mewajibkan kita bayar, kalau hang reti buat sorang, buatlah. Takdak sapa nak mintak bayaran.

Hang jadi driver, hang mandikan, hang beli kain kapan, hang beli keranda, hang pakaikan kapan, hang gali liang, hang buat pendaftaran, hang baca talkin, hang kebumikan, hang buat semualah.

Kalau tak mampu, upah. Itu cara terhormat untuk meminta tolong orang yang jugak sibuk seharian, nak jaga laki, nak jaga anak, nak masak, nak keja, nak macam-macamlah.

Upah tu pun mestilah ada budi bicara. Kalau dah tak mampu mesti ada cara. Ikhtiar berkehendak seribu daya. Mesti jugak pejabat agama ada saluran lain bagi membantu jika si mati benar-benar susah sempit melarat sebatang kara dan miskin papa.

Mesti ada.

Kita ni, sediakanlah bekal amal utk dibawa ketika mati. Dan sementara belum mati ni, sediakanlah RM seribu dua, simpan di dalam tempat yang mudah diambil. Pesan kepada orang sekeliling, kalau aku mati, pakailah duit ni utk pengurusan aku. Aku tak mau susahkan orang lain. Bolehke azam mcm tu Tuan-tuan dan Puan-puan?

Takkan renovate dapoq rumah RM5 ribu boleh keluaq duit kita nak tukaq alam takleh belanja sikit? Renovate dapoq siap kena GST boleh pulak tapi pengurusan jenazah tu takdak GST pun nak emo?

Kasaq bunyi ni, geram pulak.

Rasanya cukup kot, nanti merepek. Terima kasih.

Wallahu'alam, wassalam.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ADAKAH 'KENDURI ARWAH' ITU WAJIB DIBUAT?

on Tuesday, September 1, 2015



Adakah 'Kenduri Arwah' itu wajib dibuat?

Persoalan saya selama ini terjawab juga akhirnya dalam program Al-Kuliyah petang ini. Saya sering ada rasa tidak berpuas hati apabila ada saja kematian dalam sesebuah keluarga, maka keseluruhan ahli keluarga akan sibuk menyediakan makanan buat tetamu yang hadir. Sedangkan pada masa itu, suasana teramat-amatlah sedih, teramat-amatlah sayu.

Saya teringat waktu kematian arwah ayah saya. Pada waktu itu, kami sekeluarga berada di dalam keadaan ekonomi yang agak meruncing. Kami kehilangan satu kudrat, tulang belakang kami, yang menyara kehidupan kami.

Saya pula baru saja tiga bulan lebih bekerja dengan gaji yang sangat kecil. Setelah ditolak itu, tolak ini, hanya tinggal beberapa ratus sahaja untuk meneruskan hidup sementara menunggu gaji bagi bulan yang seterusnya.

Apabila menerima kematian ayah yang tersayang, hati bagaikan dilanggar garuda. Sedihnya tidak terkata. Ayah meninggal sewaktu saya ada bersama-sama dengannya.

Selesai urusan pengebumian, saya lihat saudara mara sibuk bertanyakan tentang kenduri arwah yang akan dijalankan. Pada masa itu saya rasa sangat terhimpit. Dengan keadaan gaji yang cukup-cukup makan, saya terpaksa mengorek sana sini, berkongsi dengan adik beradik hanya sekadar untuk memenuhi permintaan orang-orang yang lebih dewasa yang mahu kenduri arwah.

Saya biarkan ibu berehat, sebab dia terlalu lemah, sedih dengan pemergian ayah. Jadi, tinggallah saya dengan adik beradik yang lain menguruskan semua itu sambil dibantu oleh saudara mara yang lain.

Pada waktu itu, keadaannya saling tidak tumpah seperti sedang meraikan sebuah kematian sedangkan keluarga kami baru saja kehilangan ayah. Senario ini biasa saya lihat dilakukan oleh orang-orang dewasa, seolah-olah sudah menjadi adat yang hukumnya wajib. Saya sangat keliru pada masa itu.

Mengapa perlu ada hukum sebegini? Sedangkan sebenarnya mengadakan kenduri sangat menyusahkan kami sekeluarga kerana ia menelan belanja yang banyak.

Disebabkan kenduri yang menelan kos tinggi, kami terpaksa menangguhkan dulu hajat nak membeli batu nisan untuk kubur arwah ayah. Bayangkanlah, pada waktu itu batu nisan yang tak sampai RM500 pun kami tak mampu nak belikan sebab banyak wang telah dibelanjakan pada kenduri.

Kami memang susah pada waktu itu kerana selepas ayah jatuh sakit, pendapatan kami sekeluarga sangat teruk. Kami makan sekadar ada, tiada mewah-mewah. Berlaukkan telur goreng dengan kicap juga sudah cukup bersyukur. Lebih dari itu, kami adik beradik sudah sebati dengan hidup susah. Tubuh kami juga pernah menjamah tidur di atas simen beralaskan kotak tanpa tilam empuk dan bantal.

Hanya selepas beberapa bulan, barulah kami mampu membeli batu nisan sebagai tanda kubur arwah ayah, menggantikan dua batang kayu dengan sedikit rimbunan bunga yang abang saya cacakkan sementara menunggu batu nisan di beli.

Namun, apa yang saya dengar dari ceramah Al-Kuliyah, hari ini terjawab terus segala kemusykilan sejak sekian lama.

Menurut ustaz dalam program itu, orang Melayu kita sudah banyak terpesong dengan adat.

"Kita berama tanpa ilmu dan menjadikan adat sebagai rujukan utama berbanding Al-Quran dan sunnah. Hasilnya? Masyarakat terjerut sendiri dengan adat ciptaan manusia.

Pada zaman Rasullullah, apabila mana berlakunya kematian, Rasullullah akan mengumpul sahabat dan menyuruh mereka menyediakan makanan untuk keluarga si mati demi meringankan beban keluarga.

Sunnahnya begitu. Tapi apa org Melayu kita buat? Bercanggah bukan?

Cukup saya katakan, keadaan yang kami sekeluarga alami suatu ketika itu suatu adat yang membunuh kami.

Bukanlah tidak boleh keluarga si mati mengadakan kenduri tahlil untuk arwah tetapi biarlah kena pada masanya iaitu apabila keadaan kesedihan keluarga kembali reda. Keluarga pula masih perlu menyelesaikan semua perkara yang bersangkut paut dengan arwah dan bagi keluarga mempunyai wang yang mencukupi untuk menjamu tetamu yang datang.

Bukanlah seperti sekarang, asal ada sahaja kematian, pasti akan menyusul kenduri tahlil 3 malam berturut-turut yang menelan belanja yang besar. Seolah-olah jika tiada kenduri, maka keseluruhan ahli keluarga itu dianggap berdosa.

Walaupun sekarang Alhamdulillah saya mampu dengan rezeki yang Allah berikan tetapi saya tidak sesekali menyokong adat yang terpesong dari sunnah itu. Sebab saya dah merasa susahnya ketika itu. Saya tidak mahu orang lain merasa apa yang kami rasa kerana saya tidak kisah jika tidak dihidangkan minuman sekalipun jika pergi melawat orang meninggal. Keadaan itu saya ttelah mengambilnya.

Beramallah dengan Ilmu. Bila mana terlihat sesuatu yang pelik, maka berusahalah untuk mencari kebenaran. Ilmu itu perlu dicari, bukannya datang bergorek sendiri. Adat tidak semestinya benar dan wajar dituruti. Mana yang bercanggahan, perlu buang terus. Mana yang baik, kita jadikan sebagai contoh dan sebarkan.

Saya berharap agar satu hari nanti ada kesedaran dari golongan yang terlebih dewasa untuk memahami perkara itu. Memang sekarang masih ada lagi adat begitu, tetapi jika lebih ramai yang bersuara tegakkan perkara yang sama, inshaAllah adat yang pelik lagi menyusahkan itu boleh dihapuskan.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sayu. Pengantin solat sunat selepas akad nikah undang makian

on Thursday, August 20, 2015



Dua keping gambar sepasang pengantin Melayu yang mendirikan solat sunat selepas selesai majlis akad nikah tidak menepati syarak dimuat naik di laman sosial.

Kelihatan pengantin perempuan mendirikan solat di sebelah kanan dan mengenakan pakaian pengantin tanpa bertelekung yang kemudiannya mendapat komen netizen yang mempersoalkan tindakan pasangan berkenaan.



Fais memuat naik statusnya dengan mengatakan jangan merosakkan amalan sunat dengan kejahilan.

Pemilik laman facebook Fais Al- Hajari ketika dihubungi The Rakyat Post memaklumkan dia memperoleh gambar ini yang dikongsi daripada seorang rakannya di laman facebook.

Fais memuat naik statusnya dengan mengatakan jangan merosakkan amalan sunat dengan kejahilan.

“Solat sunat nikah adalah digalakkan, cumanya pastikan pakaian yang dipakai adalah sesuai untuk dibawa solat. Dalam kes ni jelas pakaian pengantin wanita itu tidak menepati syarak, let alone nak bawak solat, dan kedudukan makmum wanita juga tidak betul.

“Kepada semua pengantin to be, berhati-hati ya,” ujarnya.

Sejak Fais memuat naik gambar pasangan pengantin ini sebanyak 3,359 orang menyukainya dan 1,117 perkongsian dan 847 komen diterima.

Ismail Ibrahim: “Ramai yang tengok..kenapa seorang pun tak tegur?” katanya.

Shida Yan pula berkata: “Sy baru dengar ceramah di TV…isteri sebenarnya bukan kanan atau kiri tapi di belakang suami.”

Rizam Zam pula berkata:” Ada orang tahu.. Tapi segan nak tegur pengantin.”

Disambung pula Mohd Fazali katanya: “Yang tak tegur pun turut berdosa.”

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

HUKUM RACUN RUMPUT, MAKAN BUAH DAN ZIARAH KUBUR

on Wednesday, July 29, 2015



"#Racun_Rumput_Atas_Kubur, seumpama membakar Al-Quran. Tapi jika tujuan kita adalah untuk menghapuskan, kerana takut ada ular dan sebagainya... x mengapa. Tapi dengan syarat, racun tersebut... tidak boleh ada campuran najis padanya." Seeloknya, elakkan dari penggunaan racun.

"#Makan_Buah_Yang_Tumbuh diTanah Perkuburan, hukumnya Harus. Seeloknya, jangan ditanam pokok yg berbuah diatas Kubur, mungkin akarnya akan sampai kebawah.

#Klu_kita_Ziarah_Kubur, tanamlah pokok bunga diatasnya. Dengan begitu, pokok tersebut akan sentiasa berzikir dan ia akan meringankan azab kubur si mati. Nabi saw pernah mematahkan ranting/pelepah dan diletakkan@dipacakkan diatas kubur. Selagimana ia segar... selagi itu ia akan meringankan azab kubur simati dengan zikirnya. Tanamlah.... berkat zikir dari pokok tersebut, meringankan azab kubur seseorang."

Walahu'alam.....

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Jangan Mudah Laung Takbir Ketika Layan Amarah Bergaduh, Boleh Rosak Imej Islam - Dr Zaharuddin

on Sunday, July 12, 2015



Nampaknya isu kekecohan yang berlaku semalam di kawasan Plaza Low Yat Bukit Bintang Kuala Lumpur telah menarik perhatian pendakwah terkenal Dr Zaharuddin Abd Rahman hari ini.

Jika kita lihat di dalam video yang tersebar menunjukkan terdapat ramai incividu melaungkan "Allahhuakbar" sambil memukul orang.

Menurut beliau, jika terdapat kes penipuan yang dilakukan maka buatlah laporan kepada tribunal tuntutan pengguna atau memulaukan sahaja kedai terlibat jika benar peniaga di situ kerap menipu.

“Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat.

“Malah jika benar mereka kerap menipu, boikotlah sahaja,” katanya.

Beliau juga menasihatkan umat Islam supaya tidak melaungkan takbir dengan sewenang-wenangnya seperti waktu sedang melayan nafsu amarah.

“Pergaduhan dan kebencian akibat dari hal duniawi semata-mata tidak layak dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam,” katanya.

Berikut adalah tulisan penuh beliau:




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tarikh Rasmi Malam Lailatul Qadar 2015 Di Malaysia

on Sunday, July 5, 2015

Tarikh rasmi bila malam Lailatul Qadar 2015 di Malaysia. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu malam. Malam Lailatur Qadar hanya boleh ditemui pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yakni malam yang bertarikh ganjil berdasarkan takwim Islam. Pada tahun 2015, 10 malam terakhir pada bulan Ramadhan adalah antara 6 Julai 2015 sehingga 16 Julai 2015. Tarikh malam lailatul qadar sengaja disembunyikan oleh ALLAH agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.



Tarikh Rasmi Malam Lailatul Qadar 2015 Di Malaysia


  • Salah satu malam ganjil dari 6 Julai 2015 hingga 16 Julai 2015


Rasullulah SAW Bersabda ” Carilah ia (Malam Al Qadar0 di Sepuluh Malam Terakhir dari Bulan Ramadhan” Riwarat Bukhari Dan Muslim.

Yakinlah jika seorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, maka dia pasti memperoleh fadilat atau keberkatan malam Lailatulqadar.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.


  •     Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  •     Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  •     Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  •     Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  •     Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.


Kelebihan Malam Lailatul Qadar


  • Waktu diturunkan Al-Quran
  • Malam lebih baik daripada 1000 bulan
  • Malam penuh keberkatan
  • Dosa diampunkan
  • Turunnya Jibril dan Para Malaikat


Tanda Malam Lailatul Qadar


  • Pada salah satu 10 malam terakhir bulan Ramadhan
  • Pada tarikh genap atau ganjil pada bulan Ramadhan
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Jumlah Umum Bilangan Rakaat Solat Terawih Di Malaysia

on Thursday, June 18, 2015

Jumlah umum bilangan rakaat dalam solat terawih di kebanyakkan Masjid di Malaysia. Solat sunat terawih adalah sangat istimewa kerana ianya hanya boleh dilaksanakan pada bulan Ramadhan untuk mendapatkan fadhilat yang berlipat kali ganda. Solat terawih dilaksanakan selepas masuk waktu isyak atau sebaiknya selepas jemaah menunaikan solat Isyak. Untuk makluman, kebanyakkan masjid di Malaysia akan menunaikan solat terawih secara berjemaah dengan jumlah 8 Rakaat sahaja diikuti Solat Sunat Witir sebanyak 3 Rakaat. Manakala ada segelintir masjid yang melaksanakan sehingga maksimum 20 rakaat diikuti tambahan Solat Sunat Witir 3 rakaat.



Bilangan Umum Rakaat Solat Terawih Di Malaysia


  • Solat Terawih Umum: 8 Rakaat (2 rakaat x 4 kali) + Solat Sunat Witir (3 Rakaat)


Selamat menunaikan Solat Tarawih kepada seluruh umat Islam di Malaysia sepanjang Bulan Ramadhan yang mulai ini.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

DUBSMASH:Gejala yang tercela lagi jilake

on Thursday, May 21, 2015



Gejala DUBSMASH dikenali dalam istilah bahasa arab sebagai Al-Muhaakah(المحاكاة).Ia bermaksud meniru-niru gerakan atau suara orang lain kebiasaannya bertujuan untuk mengejek,menghina dan merendah-rendahkan orang lain.

Hukumnya haram,dan ia bertambah haram jika ia dilakukan bertujuan untuk mentertawakan orang lain ia termasuk dalam bentuk istihza'(mengejek),sindiran dan ghibah yang diharamkan syarak,bertambah haram apabila ia disertai muzik dan nyanyian.

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam pernah menegur Ummul Mukminin Aisyah r.a ketika Aisyah r.a meniru gaya dan gerakan seseorang dalam ucapannya,Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

ما يسرُّني أني حكيتُ رجلًا وإنَّ لي كذا وكذا

"Aku tidak suka meniru-niru(gaya) seseorang walaupun aku diberikan dengan seperti ini dan ini(sesuatu apa pun(yang bernilai)"

[ HR At-Tirmidzi:hasan shahih ]

Para Ulama menjelaskan perbuatan tersebut adalah perbuatan haram lagi tercela.Imam An-Nawawi rahimahullah mengkategorikan perbuatan Al-Muhaakah ini termasuk dalam perbuatan ghibah(mengumpat)yang diharamkan.

Ia juga termasuk perkara sia-sia,tambahan jika ia dilakukan bertujuan membuat orang ramai ketawa ia termasuk dalam kategori DUSTA yang dilarang dan didoakan kecelakaan bagi pelakunya oleh Nabi kita Sallallahu'alaihiwasallam dalam sabdanya:

ويلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ بالحدِيثِ لِيُضْحِكَ بِهِ القوْمَ فيَكَذِبُ ويلٌ لَهُ ويلٌ لَهُ

"Celakalah orang yang bercakap sesuatu percakapan bertujuan dengannya untuk membuat orang lain ketawa,lantas dia berdusta,celakalah dia,celakalah dia!!."

[ HR Abu Daud:hasan ]

Apakah segala keseronokan DUBSMASH itu boleh ditebus dengan kecelakaan yang didoakan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam?

Sebagai nasihat,tidak selayaknya seorang muslim berpelakuan seperti ini,seorang muslim wajib menjaga akhlaknya dan menggunakan masanya untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk agama dan dunianya,bukan dengan melakukan perkara yang tercela lagi hina seperti DUBSMASH ini.

Semoga Allah memberikan hidayah petunjuk kepada semua kaum muslimin.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Inilah yang nak dibentuk untuk generasi akan datang mewarisi perjuangan Islam

on Sunday, April 19, 2015



Pelajar mahad tahfiz yang keracunan makanan ini tetap bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya. wad kuarantin hospital tengku ampuan rahimah

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

IMAM MUDA PUJI AIRASIA, BENARKAN SOLAT BERJEMAAH DALAM PESAWAT

on Sunday, April 12, 2015



Imam Muda Asyraf sempat berkongsikan pengalaman beliau berpeluang menunaikan solat secara berdiri dan berjemaah di dalam pesawat AirAsia.

Menceritakan melalui laman Instagramnya, Asyraf berkata itulah pertama kali dia dapat bersolat secara beridri dan berjemaah di dalam pesawat penerbangan domestik.

Beliau juga berterima kasih kepada kru kabin AirAsia yang telah memberikan kerjasama kepadanya dan rakan-rakan menunaikan solat pada ketika itu.



Selama ini, ramai umat Islam menyangka adalah sukar untuk mengerjakan solat di dalam pesawat kerana menjangkakan akan menghadapi masalah-masalah kecil seperti hendak mengambil wuduk. Penggunaan air yang terhad serta tidak mempunyai paip air di dalam pesawat.

Selain itu, seringkali mendengar alasan segan bersolat di dalam pesawat kerana bimbang akan menjadi perhatian penumpang di sebelah tempat duduk.

Sebenarnya, penumpang pesawat boleh saja bersolat tanpa berwuduk dengan melakukan Solat Hormat Waktu. Ini kerana ada ketikanya, sama ada akibat darurat atau sebagainya, kita tidak dapat berwuduk atau bertayamum bagi menunaikan solat. Dalam hal ini, umat Islam boleh menunaikan solat Hormat Waktu.

Berkenaan dengan waktu solat, para penumpang boleh bertanya kepada kru pesawat dan mereka akan merujuk kepada juruterbang.

Berhubung arah kiblat, kebiasaannya dalam peswat mempunyai paparan skrin yang menunjukkan lokasi dan arah tuju sesuatu penerbangan.

Menerusi paparan itu memudahkan penumpang mengetahui arah kiblat. Namun ketika sedang menunaikan solat, arah kiblat bertukar maka dia tidak perlu mengulanginya semula.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Adakah Benar Duduk Bertongkat Tangan ke Belakang Haram Hukumnya?

on Tuesday, April 7, 2015



Ramai yang bertanya hukum duduk bertongkatkan tangan ke belakang setelah ramai yang berkongsi status ini di fb.

Dalam hadis ini menyatakan yang dilarang itu apabila seseorang menongkatkan tangan kirinya sahaja dibelakang dan ia merupakan cara duduk golongan yang dimurkai Allah iaitu Yahudi dan umumnya semua orang kafir dan sebagainya.

قال الشريد بن السويد : مر بي رسول الله صلى الله
عليه وسلم وأنا جالس هكذا وقد وضعت يدي اليسرى خلف ظهري واتكأت على ألية يدي فقال لي : "أتقعد قِعْدة المغضوب عليهم " رواه أبو داود.

Kata al syarid bin al suwaid: Rasulullah melintasi sedang aku duduk begini dia letakkan tangan kirinya belakang dan bertongkat dengannya maka Rasulullah s.a.w. Berkata: adakah engkau duduk dengan duduknya mereka yang dimurkai.

Hadis ini disahihkan oleh para imam seperti al hakim dan al zahabi, al Nawawi, Al Albani.

Hadis ini jelas membawa hukum haram walaupun ada sebahagian ulamak seolah-olahnya cenderung kepada hukum Makruh.

Tetapi yang diharamkan itu apabila bertongkat dengan tangan kiri ke belakang sama ada dalam solat atau diluar solat.

Maka sesiapa yang nak duduk seperti itu hendaklah dia bertongkat sama ada dengan tangan kanannya sahaja atau kedua dua tangannya di belakang. Inilah pandangan yang diutarakan oleh Imam Ibn Baz, Ibn Utsaimin, dan selainnya.

Wallahu a'lam.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Apakah sah Solat andai seorang lelaki itu memakai Emas?

on Thursday, March 26, 2015



Umat Islam secara umumya ramai yang mengetahui bahawa lelaki dilarang memakai emas pada tubuh badan mereka. Namun, ada sesetengah yang masih berdegil tetapi t#etap memakainya dalam kehidupan seharian.

Walaupun memakai hiasan emas seperti cincin emas dan rantai emas, mereka tetap mendirikan sol#at,berpuasa dan melaksanakan ibadat-ibadat yang lain. Oleh itu, timbul persoalan, apakah status solat jika memakai emas? Adakah sah atau pun sebaliknya?

Pertama sekali kita melihat dahulu, apakah antara dalil yang melarang lelaki memakai emas. 

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ bin ‘Azib R.huma katanya, “Rasulullah SAW menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada me#makai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj(dari Yaman)”.

Daripada hadis ini, antara perkara yang dapat disimpulkan adalah, baginda melarang lelaki memakai cincin emas dan bukannya satu larangan bagi wanita. Oleh itu, menjadi satu perkara yang# ditegah kepada lelaki untuk memakainya dan berdosa.

Seterusnya, apakah syarat sah solat? 

Syarat sah solat dibahagikan kepada lima, iaitu:


  • Suci daripada hadas sama ada kecil mahupun besar.
  • Suci tempat solatnya, pakaian yang dipakai dan tubuh badan daripada segala najis yang tidak dimaafkan.
  • Yakin bahawa waktu solat telah masuk.
  • Menutup aurat.
  • Menghadap kiblat.
  • Di dalam syarat sah solat di atas, tidak dinyatakan bahawa memakai emas itu satu perkara yang membatalkan solat dan emas bukanlah najis atau benda kotor yang tidak boleh dibawa ke dalam solat.


Kesimpulannya, hukum memakai emas ketika solat adalah, sah solatnya tetapi berdosa memakai emas.

Walaupun sah solat, sebaik-baiknya kita elakkan daripada melanggar perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi, sebagai lelaki dan memegang status sebagai ketua keluarga sewajarnya kita menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak dan juga isteri #terhadap kecaknaan terhadap hukum hakam di dalam agama Islam.

Sekian. Silakan share kepada rakan-rakan, mungkin mereka juga masih mencari jawapan bagi kekeliruan ini. Wallahualam. Terima kasih..


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA SEBENAR DR. MAZA 'TOLAK' DATUK KAZIM ELIAS JADI PANEL FORUM PERDANA TERJAWAP

on Wednesday, March 4, 2015



Tersebar di laman sosial sekeping surat dalaman Jabatan Mufti Negeri Perlis yang menyatakan bahawa pihak JMNP tidak bersetuju Datuk Kazim Elias dipilih sebagai panel bagi Forum Perdana Ehwal Islam, di#mana surat itu ditandatangani oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri atau lebih dikenali dengan nama Dr. Maza.

Forum Perdana Ehwal Islam itu dianjurkan bersempena dengan hari keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-72 dan ulang tahun ke-69 RTM.

Difahamkan, pemilihan Datuk Kazim# Elias itu dibuat oleh YB Senator Tuan Mohd Khalid bin Ahmad.

Dr Maza menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pemilihan senator berkenaan kerana Datuk Kazim Elias didakwa sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu.

Surat yang tersebar di laman sosial itu mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen yang menganggap perkara itu tidak# sepatutnya berlaku.



Menyedari gambar surat itu tersebar, ini jawapan Dr. Maza;

"Ada pihak menyebarkan surat rasmi dalaman Jabatan Mufti Perlis ke pihak pengurusan satu forum sempena Keputeraan DYMM Raja Perlis yang Jabatan Mufti merupakan pihak yang terlibat sama dalam penganj#uran.

"Surat tersebut tidak menyatakan Jabatan Mufti tidak bersetuju pemilihan panel tertentu atas alasan riwayat-riwayat palsu yang pernah disebarkan. Ini selaras dengan kehendak ilmuan dan masyarakat sendiri untuk memastikan kesahihan riwayat.




"Surat itu TIDAK menyebut penceramah berkenaan dihalang berceramah di Perlis tetapi menyatakan tidak bersetuju untu#k menjadi panel forum berkenaan yang bersempena Keputeraan DYMM Raja Perlis.

"Ia adalah surat dalaman pentadbiran yang Jabatan Mufti merupakan JK Penganjur. Maka penyebarannya tidak sepatutnya berlaku.

"Oleh kerana surat itu telah terse#bar dan ramai bertanya bukti, maka di sini disertakan satu salinan muka surat buku pihak berkenaan," kata Dr Maza melalui Facebook rasminya.



Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




TIPS ANAK GENIUS: JOM BACA QURAN!

on Thursday, January 8, 2015



Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential....

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.




Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung!

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad....


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Abby Abadi Cadang Sukarelawan Banjir Wanita Menutup Aurat

on Wednesday, January 7, 2015




Seperti kita sedia maklum, ketika ini ramai sukarelawan berada di Pantai Timur untuk membantu mereka yang memerlukan di sana dan kami suka melihat rakyat Malaysia bersatu hati untuk sama sama meringakan beban mereka yang kurang bernasib baik.

Di tengah tengah kekalutan sukarelawan menghulurkan bantuan ke sana, pendakwah bebas dan juga bekas selebriti popular Abby Abadi mempunyai pandangan sendiri tentang para sukarelawan dari golongan wanita Islam berada di sana ketika ini.

“Saya tertengok gambar gambar misi bantuan banjir sekarang ini, ramainya pergi membantu tetapi aurat tak terjaga. Allah nak tolong macam mana? Sedih, ingatkan sebab sayang. Usahalah untuk tolong diri sendiri dulu, selepas itu baru usaha untuk tolong orang lain pula”




“Aurat itu aib kita, dibelanja ikut suka azab seksanya tak terkira. Ada yang dah tertutup sempurna, syukur sangat! Baik sangat hati budinya pergi menolong, bersihkan rumah, bersihkan lumpur tapi siarkan juga gambar mangsa yang tidak menutup aurat”

“Tak tahu tentang dosa aurat ke macam mana? Yang mendedahkan berdosa, yang menyebarkan dapat saham juga. Fahamilah bersama ya,” tulisnya di akaun Instagram beliau.

Harapnya teguran Abby Abadi ini diambil positif oleh mereka yang bekerja sebagai sukarelawan di Pantai Timur ketika ini dan sesiapa juga yang sudah wajib untuk menutup aurat.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Peristiwa Ajaib berlaku selepas amalkan Sedekah Subuh! (Wajib baca)

on Wednesday, December 17, 2014




Alhamdulillah..saya akan mulakan sedekah subuh esok hari...nak tahu apa tu sedekah subuh...jom kta baca sama2..semoga Allah meluaskan rezeki kita semua..

FADILAT SEDEKAH SUBUH...

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb,whatapps

sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.

saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.

oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.

oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.

sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.

pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.




tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...mudah sekali

pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...

Jom kita sama-sama amalkan

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Haram Tangan Menongkat Ke Belakang Ketika Duduk Selepas Solat?

on Sunday, December 7, 2014



Ramai yang bertanya hukum duduk bertongkatkan tangan ke belakang setelah ramai yang berkongsi status ini di facebook.

Dalam hadis ini menyatakan yang dilarang itu apabila seseorang menongkatkan tangan kirinya sahaja dibelakang dan ia merupakan cara duduk golongan yang dimurkai Allah iaitu Yahudi dan umumnya semua orang kafir dan sebagainya.

قال الشريد بن السويد : مر بي رسول الله صلى الله
عليه وسلم وأنا جالس هكذا وقد وضعت يدي اليسرى خلف ظهري واتكأت على ألية يدي فقال لي : "أتقعد قِعْدة المغضوب عليهم " رواه أبو داود .

Kata al syarid bin al suwaid: Rasulullah melintasi sedang aku duduk begini dia letakkan tangan kirinya belakang dan bertongkat dengannya maka Rasulullah s.a.w. Berkata: adakah engkau duduk dengan duduknya mereka yang dimurkai.

Hadis ini disahihkan oleh para imam seperti al hakim dan al zahabi, al Nawawi, Al Albani.




Hadis ini jelas membawa hukum haram walaupun ada sebahagian ulamak seolah olahnya cenderung kepada hukum Makruh.

Tetapi yang diharamkan itu apabila bertongkat dengan tangan kiri ke belakang sama ada dalam solat atau diluar solat. Maka sesiapa yang nak duduk seperti itu hendaklah dia bertongkat sama ada dengan tangan kanannya sahaja atau kedua dua tangannya di belakang. Inilah pandangan yang diutarakan oleh Imam Ibn Baz, Ibn Utsaimin, dan selainnya

Gambar di atas ini adalah duduk yang dibolehkan bukan seperti yang disebutkan dalam hadis.

Wallahu a'lam


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







 
© AANS BLOG All Rights Reserved