Seorang Maut Dalam Kebakaran Di Makkah (3 Gambar)

on Wednesday, July 23, 2014



MAKKAH - Seorang maut dalam kebakaran yang terjadi di dalam kawasan yang digunakan sebagai stor menyimpan kayu dan perabot lama berhampiran dengan Masjidil Haram yang sekitar jam 7 pagi, khamis waktu tempatan.

Jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Leftenan Kolenel Saleh Al-Elayyani berkata, tujuh pasukan bomba dan unit sokongan telah dihantar ke tapak nahas. Api dapat dikawal sebelum merebak.




Jurucakap itu juga berkata, mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bumbung yang jatuh akibat kebakaran ini. Difahamkan, kebakaran berlaku berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi syukur kerana api sempat dikawal oleh bomba

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca perubahan penampilan Abby Abadi amat mengezutkan Heliza Helmi

Hanya kerana memiliki bentuk bulu kening mata cantik yang diwarisi dari ibunya, bekas pelakon Abby Abadi dikritik peminat kerana dikatakan mencukur kening.

Begitupun, bekas isteri Norman Hakim itu menafikan berbuat demikian malah beliau kini dilihat semakin berubah ke arah kebaikan dengan mula mengenakan niqab.

Ini semestinya satu perkembangan baik buatnya sejak bercerai dengan Muhammad Noor Farhan pada Jun lalu. Pasti bukan semua wanita yang pernah bergelar artis popular terbuka untuk berubah sepertimana Abby Abadi.

Malah, beliau dengan berseloroh turut meminta peminat agar mendoakannya supayan dapat bertemu jodoh yang sesuai dan boleh membimbing dirinya serta anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.








Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Atur pertemuan untuk memipit, tapi lain pula jadinya...

Wyoming: Seorang remaja perempuan yang hamil dicekik sehingga mati sementara teman lelakinya dipenggal selepas mereka dipercayai menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali menerusi laman sosial untuk mengadakan seks.

Polis di Wyoming, Michigan berkata, remaja itu, Brooke Slocum, 19, yang hamil lapan bulan ditahan beberapa hari sebelum dibunuh.

Mayatnya ditemui di belakang bonet kereta suspek.

Ketua Polis James Carmody berkata, mayat teman lelaki Brooke, Charles Oppenneer, 25, ditemui dalam keadaan mengerikan sehari sebelum itu dengan kepalanya masih belum ditemui.

Siasatan awal polis menunjukkan Brooke menjalinkan hubungan dengan suspek, Brady Oestruike, 31, menerusi laman sosial Internet sebelum mengatur pertemuan untuk mengadakan seks dengan kehadiran Oppenneer.

Polis mendapatkan waran untuk menyerbu kediaman Oestrike sebaik mereka menemui mayat Oppenneer.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya melarikan diri tetapi ditembak mati selepas keretanya terbabit dalam kemalangan.

Penyiasat mengumpul lebih 400 bahan bukti dari rumah Oestrike, termasuk senjata, peluru dan pisau.

Mereka juga merampas beberapa barangan elektronik milik kedua-dua mangsa.

Polis masih menyiasat untuk memastikan sama ada orang lain turut terbabit dalam pembunuhan itu.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gambar rekaan Tudung Palestin keluaran Norjuma tersebar

Semestinya satu idea yang hebat apabila syarikat Norjuma telah menghasil dan mengeluarkan rekaan Tudung Palestin yang amat cantik dan menakjubkan. Ia dikatakan merupakan cetusan idea Datin Norjuma yang sebelum ini terkenal dengan jenis tudung bawal.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

RUSSIA TUDUH UKRAINE. AMERIKA TUDUH RUSSIA. SIAPA YANG TEMBAK MH17?

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengemukakan bukti-bukti yang mengaitkan penglibatan Rusia dalam tragedi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh dekat Grabovo, timur Ukarine pada 17 Julai lalu.

Menurut akhbar The Washington Post semalam, para pegawai kanan perisikan AS turut mendedahkan imej satelit dan beberapa maklumat sensitif perisikan yang menunjukkan Moscow memberi latihan serta membekalkan senjata kepada kumpulan pemisah Ukraine yang didakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

Pegawai-pegawai itu turut mengemukakan bukti lain seperti alat pengesan yang mengesan laluan peluru berpandu, kesan serpihan pada badan pesawat, analisis suara beberapa pejuang pemisah yang mendakwa melancarkan peluru berpandu dan berpuluh-puluh gambar serta data lain dari internet.

Buat pertama kalinya, AS mengenal pasti terdapat kemudahan tentera Rusia berhampiran bandar Rostov yang merupakan pusat sokongan Moscow terhadap para pejuang pemisah di Ukraine.

Kemudahan berkenaan disyaki menjadi hab latihan dan bekalan senjata kepada para pejuang pemisah pro-Rusia.

Menurut para pegawai itu, kereta kebal, pelancar roket dan senjata lain terus dihantar ke Ukraine walaupun selepas pesawat MH17 ditembak jatuh dan mengorbankan seramai 298 penumpang.

Beberapa penganalisis dari Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan agensi perisikan AS yang lain turut meneliti maklumat berhubung nahas itu.

Namun, maklumat perisikan yang dikumpulkan dalam tempoh lima hari selepas tragedi tersebut menunjukkan para pejuang pemisah Ukraine yang mendapat sokongan Moscow telah menembak jatuh pesawat itu.

Beberapa pegawai perisikan AS juga berkata, mereka menolak kemungkinan bahawa tentera Ukraine bertanggungjawab menembak jatuh pesawat berkenaan.

“Ia merupakan satu senario yang mustahil,” kata seorang pegawai kanan AS.

Ujarnya, agensi-agensi perisikan AS telah mengesahkan bahawa Ukraine tiada sistem peluru berpandu antipesawat yang berada pada jarang pesawat MH17 ketika serangan berlaku.

Pegawai itu turut memberi taklimat kepada wartawan di sini bagi memberi maklumat terperinci terhadap penilaian yang dilakukan agensi perisikan AS.

Pertemuan itu yang turut dihadiri dua lagi pegawai perisikan AS yang diatur bagi mengemukakan lebih banyak bukti bagi menolak dakwaan yang dikemukakan Rusia sebelum ini.

Rusia sebelum ini menafikan mereka terlibat dalam kejadian tersebut atau membekalkan para pejuang pemisah dengan pelancar peluru berpandu antipesawat SA-11.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

STATUS FB BERBAUR HASUTAN: PEGAWAI PENYIASAT KANAN PDRM DIKENA TINDAKAN

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook telahpun dikenakan tindakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun twitter beliau, berkata pegawai itu ditukar serta-merta ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai.

Baru-baru ini, pegawai itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dikatakan memuat naik status berbaur hasutan terhadap penganut agama Hindu di negara ini.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

5 Gambar Syasya Mahmud, Pasangan Romantis KJ Yang Kamu Tak Pernah Nampak



Syasya Mahmud atau lebih dikenali sebagai RatuSelfie menerusi laman Instagram mula mencuri tumpuan selepas dia membalas tweet Khairy Jamaluddin dengan mesej yang agak romantis.

Apa pun, jom skodeng 5 gambar Syasya Mahmud yang Katak Comel kongsikan di bawah ini buat tatapan para pembaca sekalian.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Inilah Wajah Comel Firdaus Lepas Sebulan Dirawat



Remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah kini bertambah sihat dan comel selepas dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.

Berat badanFirdaus kini sudah bertambah kepada 21 kilogram berbanding 15 kilogram semasa ditemui dikurung di Taman Semarak, Nilai pada 21 Jun lepas.

Firdaus kelihatan sangat ceria ketika dikunjungi isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin bersama pegawai-pegawai kanan (Pekerti).

“Terima kasih Hospital Tuanku Ja’afar kerana beri penjagaan amat rapi kepadanya. Saya harap Firdaus dapat menikmati kehidupan lebih baik selepas ini,” kata Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


 
© AANS BLOG All Rights Reserved