Beberapa hari ini tersebar di Facebook khabar angin yang mengatakan Adira AF kini sudah berhijrah dan telah mengambil keputusan untuk kekal bertudung selepas mengalami satu mimpi yang menginsafkan.
Ramai yang mengongsikan kembali tulisan di Facebook Adira tersebut kerana menyambut baik ‘keputusan’ oleh penyanyi kesayangan mereka itu.
Namun hari ini Adira menafikan semua khabar angin tersebut.
“Untuk makluman semua, akaun Facebook saya telah pun digodam. Ini adalah kali kedua akaun saya Facebook saya digodam & kali ini saya tidak dapat menggunakannya lagi”
“Sejak akaun Facebook tersebut digodam, macam-macam kenyataan yang keluar di situ, termasuklah kenyataan yang kononnya saya telah pun berhijrah serta berhijab (bertudung),” jelas Adira kepada Murai.
“Isu tersebut timbul setelah mereka melihat saya bertudung sewaktu menghadiri kelas agama Usrah Fitrah. Memang betul saya telah bertudung sewaktu menghadiri kelas agama tersebut”
Adira turut menyebut yang belum belum berfikir untuk berhijrah tetapi tidak menolak kemungkinan di’satu masa nanti selain meminta semua mendoakan yang terbaik buat diri beliau.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment