Berita palsu bahawa ketua polis negara (KPN) letak jawatan kerana isu PRU13. Kononnya Tan Sri Ismail Omar tidak tahan dengan penipuan SPR dalam PRU13 adalah punca beliau meletakkan jawatan. Ini adalah fitnah semata-mata dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan adalah kerana sudah cukup tempoh persaraan.
Petikan Tersebar di Facebook
KETUA POLIS NEGARA NAK LETAK JAWATAN. sumber dari Bukit Aman baru tadi pastikan KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR memberikan surat letak jawatan selepas desakan teruk dari pihak BN/UMNO yang mendesak beliau untuk tahan 28 penceramah kebangkitan rakyat #blackout. Beliau rasa bersalah selepas beliau sendiri tidak puas hati dengan cara cara penipuan SPR bersama BN/UMNO. Insiden ini sedang menjadikan Bukit Aman huru hara..kita tunggu berita selanjutnya..
Penjelasan Isu Perletakan Jawatan Ketua Polis Negara
Untuk makluman, Tan Sri Ismail Omar memang akan mengakhiri tugasannya sebagai Ketua Polis Negara. Menerusi laman PDRM sendiri telah mengumumkan perbarisan perpisahan beliau pada Khamis ini (16 Mei) yang akan diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Malangnya, persaraan beliau telah dimanipulasikan pihak tidak bertanggungjawab kononnya beliau menerima desakan teruk untuk berbuat demikian. Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment