ONEXOX
BannerFans.com

Cukai pintu, cukai tanah di N.Sembilan akan naik pasca PRU13?

on Tuesday, May 7, 2013


Antara intipati Aku Janji BN peringkat N.Sembilan untuk PRU-13 ialah menaik taraf beberapa Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran serta mengisytiharkan Seremban sebagai Bandaraya. Adakah ini secara tidak langsung akan menaikkan kadar cukai pintu, cukai tanah dan lain-lain cukai serta bayaran perkhidmatan yang berkaitan dengan PBT?

Juga yang dijanjikan ialah pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi yang selama ini belum pernah dinikmati oleh para pelajar di Negeri Sembilan secara menyeluruh.



Persoalannya ialah bila dan berapa banyak serta adakah termasuk mereka yang mengambil pengajian tahap sijil serta diploma di IPTA dan IPTS seperti Politeknik, IKBN, ILP dan sebagainya?

Yang menarik perhatian ialah janji untuk mewujudkan Perpustakaan Islam dan Galeri Islam. Sekali lagi persoalannya ialah apakah konsep yang akan digunakan, bila dan di mana ianya akan diwujudkan?





Berikut beberapa intipati Aku Janji BN N.Sembilan PRU-13 yang melibatkan kepentingan umum :

- Menaik taraf beberapa Majlis Daerah kepada Majlis Perbandaran.

- Mengisytiharkan Seremban sebagai Bandaraya.

- Pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi.

- Menyelesaikan pewartaan 40 kampung Orang Asli yang belum diwartakan.

- Insentif galakan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD).

- Menaik taraf Institut Tahfiz Al-Quran di Gemencheh.

- Mewujudkan Perpustakaan Islam dan Galeri Islam.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

tunggu dan lihat...


May 7, 2013 at 4:57 AM
Anonymous said...

Sabar la.. 2 sume perancang utk 5 thn.. Kalo ari nie menang, esok ko dh nk sume bnde 2 settle gile ape kau? Ape la.. Melayu suke sgt provok org melayu.. Mcm mane nk maju?


May 7, 2013 at 5:05 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved