ONEXOX
BannerFans.com

Datuk Ahmad Yaakob Menteri Besar Baru Kelantan Secara Rasmi

on Tuesday, May 7, 2013


Datuk Ahmad Yaakob Diumum sebagai Menteri Besar Baru Kelantan secara sah dan rasmi. Ini bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memutuskan untuk tidak lagi memegang jawatan yang disandangnya sejak 23 tahun lalu. Nik Abdul Aziz Nik Mat bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.



Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas III negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah dilantik sebagai timbalan menteri besar bagi menggantikan Ahmad. Majlis pelantikan  dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan secara rasmi dilantik sebagai menteri besar baru selepas mendapat perkenan Tuanku. Pada masa yang sama, Nik Aziz masih lagi sebagai  Muryidul Am PAS.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved