ONEXOX
BannerFans.com

Peserta Sertai Perhimpunan 8 Mei 2013 Akan Ditahan Polis

on Wednesday, May 8, 2013


Peserta yang sertai perhimpunan anjuran pembangkang pada 8 Mei 2013 akan ditahan Polis. Pihak polis sekali lagi menegaskan bahawa mana-mana individu yang menyertai perhimpunan haram tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana akan mencetuskan provokasi. Himpunan rakyat diadakan adalah untuk menyuarakan rasa tidak puas hati pembangkang dengan keputusan PRU13. Menurut pihak polis, tiada sebarang permohonan rasmi diterima untuk mengadakan perhimpunan tersebut.



Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan. Penganjur perlu mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. Ini kerana tindakan berarak di tempat tertentu tanpa kebenaran bertujuan membangkitkan kemarahan adalah salah di sisi undang-undang.

Tujuan Perhimpunan Suara Rakyat 8 Mei 2013

Perhimpunan ini dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menolak sebarang penipuan dalam PRU13. Tujuan utama beliau adalah menyelesaikan  isu penipuan dan penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum ke-13.  Perjalanan pilihanraya kali ini telah “dicuri” daripada rakyat melalui proses penipuan. Langkah pertama Anwar, menganjurkan perhimpunan 8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya untuk tujuan tersebut. Anwar akan bekerjasama dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil-BERSIH untuk memastikan SPR yang baru dan bebas ditubuhkan.





Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved