Dr Ahmad Zahid berkata penarikan status PR itu sebagai amaran kepada mereka yang tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.
Menurut beliau, penarikan itu merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap seorang pemegang status PR di negara ini.
Pemilik resort itu Syed Ahmad Alkaff sebelum ini mengaku memberi kebenaran kepada sekumpulan penganut-penganut Buddha enggunakan surau itu atas alasan kemudahan dewan di resort itu sedang penuh dan digunakan.
Kejadian itu disaksikan oleh pengunjung resort berkenaan yang kebetulan ketika itu mahu menunaikan solat di surau berkenaan. Pengunjung itu merakam kejadian dan memuat naik video ke laman YouTube dan juga membuat laporan polis.
Kes disiasat Polis Johor mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
Pengurus dan juga pemilik resort itu kemudian ditahan untuk membantu siasatan.
Dia yang ditahan reman sejak Selasa kemudian dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Memetik laporan Bernama semalam, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata kertas siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya.
“Polis akan menunggu arahan lanjut daripada pendakwa raya dan dalam masa yang sama kita sedang memantau segala aktiviti dan juga reaksi orang ramai berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment