ONEXOX
BannerFans.com

Suami pukul Bini dalam lif minta maaf kepada semua wanita - ‘Saya tak sengaja ajar isteri’

on Friday, August 16, 2013

Bukit Mertajam: “Saya memohon maaf kepada semua wanita. Saya tidak sengaja mengajar isteri saya macam itu,” kata Mohammad Affandi Ismail, 36, lelaki yang membelasah isterinya di dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, dekat sini, Isnin lalu.

Mohammad Affandi berkata demikian di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebelum memasuki kenderaan yang sedia menunggu.

Dia juga sempat mengangkat kedua-dua tangan seolah-olah seperti meminta maaf sebelum berlalu pergi. Sebelum itu, penjawat awam yang berasal dari Jerantut, Pahang itu, dihadapkan ke mahkamah berkenaan kira-kira jam 3 petang semalam, tidak sampai 24 jam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang jam 4.45 petang kelmarin.



Berdasarkan kertas pertuduhan, dia dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya di dalam lif Hospital KPJ Bandar Perda, di sini, jam 4 petang pada 12 Ogos lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh yang memakai kemeja T merah ungu dan seluar jean biru itu mengangguk faham bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.





Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suhaimi meminta jaminan dikenakan terhadap tertuduh sebanyak RM7,000 berikutan kejadian berkenaan mendapat liputan meluas menerusi laman sosial dan media.

Bagaimanapun tertuduh memohon rayuan itu dikurangkan berikutan dia baru selesai menyambut Aidilfitri.

Majistret Ariff Mohamad Shariff kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Dalam kejadian Isnin lalu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan dimuatkan dalam laman sosial Facebook dan YouTube oleh adik mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan kejam abang iparnya ketika mereka melawat anak sulung berusia sembilan tahun yang dimasukkan ke hospital itu kerana demam panas.

Suami mangsa bertindak memukul mangsa kerana anak perempuan mereka enggan mengikutinya.

Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan menampar isterinya menyebabkan kepala mangsa terhantuk ke dinding lif dan wanita terbabit dilihat berundur tetapi suaminya terus melepaskan tumbukan serta tamparan beberapa kali.

Sebaik pintu lif terbuka, lelaki terbabit menendang perut isterinya hingga dia tercampak keluar dari lif dan anak perempuan mangsa berlari keluar mendapatkan ibunya.

Bagaimanapun, lelaki terbabit keluar dari lif dan sekali lagi menendang isterinya serta memijak cermin mata wanita terbabit. Ketika itu lelaki berkenaan dilihat seperti memberi amaran dan membawa kedua-dua anaknya beredar meninggalkan isterinya keseorangan.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar wang jaminan itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



Ranking: 5

{ 7 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

penjarakan dia!


August 16, 2013 at 4:40 PM
umi said...

X kuat pegangan agama.....


August 16, 2013 at 4:54 PM
Anonymous said...

Dlm lokap..belasah dia Balik


August 16, 2013 at 5:07 PM
Anonymous said...

Si suami kuat pukul...hanya tau nafsu seks tapi tak hargai isteri....muka babi...fuck!! Nak balas tendang penis....taww!!


August 16, 2013 at 5:20 PM
Captain (R) Ibrahim Batan said...

Kelebihan menjadi lelaki adalah sifat sabar. Sabar dalam segala hal. Jika sifat itu telah hilang, maka hilanglah kejantanan seorang lelaki.


August 16, 2013 at 6:01 PM
Anonymous said...

lelaki sekarang dah ramai dayus dan tiada kualiti.Tiada lagi lelaki pelindung wanita lagi2 kat Malaysia ni


August 16, 2013 at 8:19 PM
Anonymous said...

Kenapa ko mintak maaf kat perempuan je Mohammad Affandi Ismail? Harap-harap ada orang akan ajar ko kat dalam penjara tu betapa sakitnya kena pukul.

Zulis


August 17, 2013 at 2:41 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved