ONEXOX
BannerFans.com

500 polis kawal stadium game Kelate vs JDT. Osah ramai eh!

on Thursday, October 3, 2013

Kota Bharu: Polis Kelantan menugaskan seramai 500 pegawai dan anggota, termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta sukarelawan simpanan polis (PVR) bagi mengawasi keadaan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sempena perlawanan suku akhir kedua Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT), esok.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis akan turut dibantu oleh agensi lain iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA).



Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya penyokong pasukan yang menyaksikan perlawanan itu supaya mematuhi peraturan ditetapkan bagi mengelak berlakunya sebarang provokasi.

“Jangan bersikap tidak senonoh atau sebagainya yang boleh diambil tindakan mengikut Akta Kesalahan Kecil.

“Kita menasihatkan mereka supaya tidak membawa bahan larangan seperti mercun atau senjata dan pemeriksaan akan dilakukan di 11 pintu masuk di stadium berkenaan,” katanya.





Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved