Khairy terima undi pertama

on Saturday, October 12, 2013

GEORGETOWN - Penyandang Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin memperoleh undi pertama untuk jawatan itu menerusi Pemuda Bahagian Bukit Bendera.

Dalam pemilihan kali ini, Khairy dicabar empat lagi calon termasuk Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak, Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.

Seorang lagi calon untuk merebut jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia ialah bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali dengan membawa agenda utama untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap pergerakan Pemuda Umno.



Khairy juga turut ditentang oleh Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail.





Syed Rosli mengundang perhatian ramai ketika menyerahkan borang pencalonan apabila menyampaikan ucapan dan melafazkan sumpah laknat tidak akan melakukan rasuah yang mana difahamkan sebagai provokasi terhadap Khairy.

Syed Rosli pagi tadi tidak hadir bagi mengikuti mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Umno 2013 Bahagian Pandan yang berlangsung di Pandan Lake Club.

Mesyuarat Bahagian Pandan dihadiri 212 perwakilan daripada 278 perwakilan yang layak, bermula lewat iaitu pada jam 9:45 pagi, di mana ia diteruskan tanpa kehadiran calon tunggal dari Bahagian Pandan bagi merebut jawatan tertinggi sayap Umno tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved