ONEXOX
BannerFans.com

Kangkung Najib ke peringkat antarabangsa, tersiar di portal BBC

on Wednesday, January 15, 2014

Nampaknya kangkung PM Najib Razak ke peringkat antarabangsa.

Malaysia kini terkenal kerana kangkung Najib. Portal antarabangsa menyiarkannya, ia disiarkan portal berita BBC. Ia tersiar melalui ruangan #BBCTrending – #BBCtrending: Be careful what you say about spinach.

Najib sebelum ini bercerita tentang harga sayur kangkung yang turun. Ia menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia berhubung isu tersebut.



Di sebalik kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, cerita penurunan harga sayur kangkung bukanlah satu-satunya perkara yang mahu didengari oleh masyarakat.

Disebabkan itu, rata-rata penduduk Malaysia mula menjadikannya sebagai cemuhan dan sesuatu yang melucukan.





Banyak lawak sinis mengenai kangkung dibuat di laman sosial seperti Facebook, Youtube dan menjadi trending topic di Twitter.

Terdapat ratusan ribu tweet mengenai jenaka kangkung dan juga sebuah Facebook Page ’Kangkung’ didaftarkan dengan lebih 10,000 orang pengikut, serta pelbagai ulasan di Youtube yang menampilkan lirik lagu rakyat yang diubah suai.

Juga terdapat peniaga yang mengambil kesempatan dengan “era kangkung Malaysia” dan mencetak tshirt Keep Calm and Eat Kangkung yang dikatakan sudah mula dijual di pasaran.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved