Memetik dari portal hiburan, GUA, calon Top 5 Pengacara TV Wanita Popular (ABPBH2013) ini sudi menceritakan bagaimana hatinya tergerak untuk berhijab:
“Alhamdulillah, saya sudah seminggu mengenakan hijab. Secara jujurnya, bagaimana saya tergerak hati adalah apabila seorang kawan baik saya, Mohd Fariz Zaidi atau lebih mesra dengan panggilan Along Fariz meninggal dunia. Dia pergi ketika sedang tidur. Selepas hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan dia terkena serangan jantung secara mengejut. Saya sudah 13 tahun berkawan dengan arwah,”
“Dia memang sahabat yang sangat baik dan rapat dengan saya. Saya sudah tidak tahu mengadu dengan siapa, jadi saya mengadu kepada Allah. Dari situ saya terfikir, saya harus berubah kerana kita boleh mati pada bila-bila masa sahaja. Saya takut tak sempat berubah sebelum meninggal dunia kelak. Saya ambil pendekatan untuk berubah dengan memakai hijab,”.
Menurut Hazlin, dirinya berasa lebih terlindung dan selamat selepas berhijab. Perubahan Hazlin itu mendapat sokongan dari rakan-rakan selebriti sehingga ada yang mengajaknya bersama menyertai mereka dalam kelas usrah dan sebagainya.
Namun begitu, Hazlin tidak seperti selebriti-selebriti yang lain mengambil pendekatan untuk memadam gambar-gambar lama yang tidak mengenakan hijab dari laman sosial kerana dia berpendapat perkara itu sudah terjadi atau sudah lepas.
“Apa yang penting, kita perlu lihat apa yang terjadi sekarang dan di masa depan. Lagipun, saya kurang aktif di laman sosial.”
Hazlin juga berhasrat untuk menghadirkan diri dalam kelas pengajian agama sebagai satu suntikan perubahan untuk dirinya sendiri.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Alhamdulillah,semuga terus berhijab sesempurna mungkin,mengikut garis panduan aurah wanita Islam sepenuhnya....tahniah ya....
March 4, 2014 at 4:22 AM
Post a Comment