Menerusi akhbar Berita Harian semalam, isteri Mr. R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya. Selain itu, Hanez juga didakwa merampas suaminya. Selepas pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.
“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah,” kata Hanez ketika dihubungi GUA.
“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya,” ujar pelakon ‘Sayangku Damia’ ini.
“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki,” tutur Hanez mengakhiri perbualan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 3 comments... read them below or add one }
Org ISLAM amal cara hdup org barat...public figure pulak tu....cnfirm la kna lagi teruk....orgbiasa pon kna tomah macam2.....mmg kita xboleh nk menolak takdir....andai da dtakdirkan dpt jdoh mcm tu.....tp statement tu kna la bringat sama....jgn ckp x fkir dlu...kn da kena balik...think bfore you act...haila artis...
March 3, 2014 at 4:35 AM
Tu lah sblm buat kenyataan fikir dulu... lps tu siap mencabar plak... men'duda'kan suami org padahal masih mempunyai isteri yg sah... dh kena hentam pandai plak kata jgn dgr sblh pihak... perasaan isteri bf tu x nk plak dia fikir...
March 3, 2014 at 6:30 AM
Tlgla cakap jgn pusing-pusing....masih nak menafikannya....atau rabu ni dlm sidang media nk ckp pn.ana tu yg salah? Dalam rumahtangga kalo bergaduh tu adat...tp yg simbah dgn myk tanah n bara api sapa suruh?
March 3, 2014 at 8:15 AM
Post a Comment