ONEXOX
BannerFans.com

Bertudung Menyihatkan?

on Monday, April 28, 2014

Persoalan menutup aurat dan isu tudung sememangnya cukup berkait rapat dengan hak individu melaksanakan tuntutan Islam. Lihat sahaja, di Perancis contohnya isu tudung cukup dipandang serius oleh pihak berkuasa.

Di Turki, yang merupakan taman pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyyah satu ketika dahulu, juga tidak lepas dari cengkaman perang saraf sekularisasi dalam isu bertudung ini.

Bahkan para sekularis Turki turut berusaha mengagalkan kemenangan Abdullah Gul sebagai calon Presiden disebabkan komitmen yang tinggi kepada islam,termasuklah isteri beliau Hayrunnisa’ yang kekal bertudung menongkah arus sekularisme Turki.



Namun, yakinkah kita Islam mendatangkan kewajipan bertudung kepada wanita dengan membawa pakej kemaslahatan pada manusia? Dari sudut nilai integriti, maruah dan kesantunan? Dan juga dari segi kesihatan dan sains?

AURAT IS ALL ABOUT WOMEN’S DIGNITY

Allah SWT memberi arahan jelas kepada muslimah melalui KalamNya iaitu :

“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan” (24: 31)

Cukup jelas, tanpa kompromi..

Islam,sesuai dengan sifat thabat wa murunahnya (tetap dan anjal), kena dengan ciri flexibility yang tersendiri, tidak menghalang mahupun mengekang wanita untuk berpakaian mengikut fesyen dan suasana. Namun, Islam ada guidelinenya…

Prof HAMKA dalam Tafsir Al-Azhar menyatakan : “ Tidaklah semua pakaian Barat ditolak dan tidaklah semua pakaian negeri kita di terima. Kebaya jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan islam”

Perkara yang cukup jelas, memakai tudung dengan betul akan meningkatkan maruah dan harga diri yang tinggi buat wanita Islam.Yang yakin akan syariatullah ini…

APA KATA SAINS?

Artikel The Science Behind The Veil di IslamOnline.net tulisan Karima Burns menyebut :

“ Ujian menunjukkan 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala jesteru menutupnya terutama di musim sejuk dapat mengawal suhu badan seseorang berbanding mereka yang lain. Menutup kepala juga bermanfaat bagi kesihatan dimusim panas. Pakar otak, V.G Rocine mengatakan fosforus otak akan mencair pada suhu 108° Fahrenheit. Keadaan ini boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada panas terik tanpa menutup kepala. Pencairan fosforus boleh menyebabkan fungsi otak menurun dan akan memberi beberapa kesan negatif kepada otak”.

Artikel Highest Phosphorus Foods di Canadian Neuro-Optic Research Institute Online juga menyatakan bahawa :

“ Sekiranya suhu badan seseorang mencecah lebih daripada 105° Fahrenheit ia amat berbahaya kerana fosforus otak akan cair dan menjejaskan kesihatan otak. Jesteru kepala hendaklah ditutup dalam keadaan cuaca panas”.

BERTUDUNG MENJADIKAN OTAK SIHAT.

Penemuan dan kajian yang telah dibuat jelas menunjukkan dengan pemakaian penutup kepala (bagi Islam : bertudung) cukup signifikan dalam penjagaan otak. Penutupan kepala secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan risiko pada otak.

Cukuplah sedikit bukti dipamerkan melalui sains mengukuhkan iman dan mentaukidkan aqidah serta keyakinan kita kepada syariat Islam..

Kerana Islam datang dengan sifat sempurna dan menyempurnakan, jauh dari ciri susah dan menyusahkan seperti pandangan pesimis sebahagian masyarakat bukan Islam tentang kepentingan bertudung..

Wahai muslimah, yakinlah dengan kewajipan yang ditetapkanNya, teguhkanlah pendirian anda, dan pertahankanlah hak dan maruah anda sebagai wanita Islam melalui pemakaian hijab yang di arah Tuhan.







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved