ONEXOX
BannerFans.com

Gambar: Toyota Camry Hampir Putus Dua Langgar Tiang TNB

on Monday, April 21, 2014

Chukai: Seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd (TNB), parah apabila kereta Toyota Camry yang dipandunya hampir putus dua akibat terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 166, Jalan Jerangau-Jabor, dekat Pejabat FELCRA Sungai Pergam, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa, Abdul Hakim Mohd, 47, dari Taman Perumahan TNB Paka, Dungun, yang memandu bersendirian dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur, tersepit dan terperangkap di dalam kenderaannya sebelum berjaya dikeluarkan orang ramai yang berada di lokasi kemalangan.



Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Abdullah Zawawi Mohamad berkata, sejurus menerima panggilan, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Katanya, apabila pihaknya tiba di lokasi kejadian, mangsa berjaya dikeluarkan orang awam yang berada berdekatan lokasi kejadian.

“Mangsa yang mengalami patah tangan dan luka di beberapa bahagian badan lain kemudian dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved