ONEXOX
BannerFans.com

Hadiah Anak Kereta Sport, Che Ta Nafi Riak

on Friday, April 18, 2014

Pasti anda masih ingat hasrat Che Ta ingin membelikan sebuah kereta mewah iaitu kereta jenis BMW X6 untuk anak sulungnya Ammar Effendy. Namun itu kereta ‘orang tua’ kata Ammar, dia mahukan jenis audi R8 yang berharga lebih kurang RM660,000.



Terkini, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan menafikan yang dia bersikap riak mengenai hadiah anaknya itu. Jelasnya, dia memang benar-benar ikhlas mahu memberikan sebuah kereta buat kejayaan Ammar.

“Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak.

“Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?” ujar Che Ta yang sejak awal bangga dengan keputusan 9A (SPM) anaknya.

“Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yang beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yang riak.



“Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yang saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia,” jelas Che Ta.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 2 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Pendengki ada di mana2 saja.


April 18, 2014 at 3:00 AM
Muhammad Waiz said...

Memang la hak dia. Takpela dah cara cmtu dia didik anaknya. Cuma, adalah lebih nikmat kita ada harta daripada titik peluh kita sendiri dan dari rezeki halalan toyyiban :)

Papepun Che Ta cun


April 18, 2014 at 7:43 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved