ONEXOX
BannerFans.com

Hadkan kuantiti arak kepada penumpang pesawat MAS

on Thursday, April 24, 2014

SHAH ALAM - Ajaran Kristian tidak menggalakkan penganut ajaran itu mengambil minuman keras sekaligus menyokong cadangan memansuhkan hidangan arak dalam pesawat MAS.

Setiausaha Eksekutif National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais berkata, apa yang menjadi masalah untuk pelaksanaan pemansuhan tersebut ialah kerana pesawat MAS tidak hanya dinaiki oleh penumpang dari Malaysia.

“Pesawat MAS dinaiki oleh penumpang dari pelbagai negara dan budaya. Terdapat sesetengah penumpang sudah terbiasa dengan minuman itu. Justeru tidak adil untuk menghalang mereka minum arak.



“Jadi amat sukar untuk henti MAS hidang arak. Langkah terbaik ialah pramugari yang berada dalam pesawat tersebut perlu sensitif dan hanya menghidangkan minuman tersebut kepada penumpang yang tiada larangan untuk meminumnya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, hidangan arak juga merupakan tindakan tidak relevan kerana boleh mendatangkan keburukan dalam pesawat.

“Sesuatu penerbangan pesawat mengambil masa yang agak lama, apabila dihidangkan dengan arak, maka akan menyebabkan mereka mabuk dan mungkin akan mengganggu penumpang lain.

“Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya.

Katanya lagi, jika MAS tidak boleh menghentikan hidangan tersebut, seharusnya kuantiti arak yang diberikan kepada penumpang dihadkan.

“Walaupun penumpang dari negara lain tidak dihalang mengambil arak, sepatutnya MAS mengehadkan kuantiti arak yang diberikan dalam pesawat supaya penumpang tidak mabuk dan mengganggu proses penerbangan," katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved