Pengurus Kanan (Perkhidmatan Operasi) MAHB Datuk Azmi Murad berkata, program bermula 9 pagi hingga 5 petang dan dijangka dihadiri 20,000 pengunjung.
“Tujuan utama program untuk memberi peluang orang ramai melihat KLIA2 dengan lebih dekat, khususnya kemudahan disediakan.
“Ini juga masa sesuai untuk mereka yang kerap menggunakan pengangkutan udara membiasakan diri dengan persekitaran KLIA2 yang berbeza dengan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT),” katanya, semalam.
Menurutnya, pengunjung yang mendaftar akan diberi pas menaiki pesawat sebagai cenderamata sempena lawatan dan mereka berpeluang mengunjungi jambatan udara KLIA2, yang pertama seumpamanya di Asia.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment