ONEXOX
BannerFans.com

Janda bawa anak bermalam bersama Jantan dicekup khalwat

on Sunday, April 27, 2014

Seorang janda berusia 33 tahun dan teman lelakinya dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam Ops Gejala Sosial di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai di sini pagi tadi.

Ketika serbuan pukul 3.30 pagi itu, pasangan tersebut didapati cuba menyembunyikan status mereka dan mengaku telah berkahwin ketika disoal siasat oleh pihak polis sebelum diserahkan kepada penguat kuasa JAIM.

Menurut sumber, wanita tersebut didapati membawa anak lelakinya berusia lima tahun ke hotel itu untuk bersama teman lelakinya yang berusia 43 tahun.



“Pihak polis yang menyertai operasi berkenaan telah mengetuk pintu bilik pasangan itu dan seorang lelaki muncul dan mendakwa bahawa mereka telah berkahwin.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan lanjut dibuat, pasangan itu didapati telah gagal menunjukkan bukti pernikahan dan akhirnya mengaku baru ber-kenalan dan belum berkahwin,” katanya.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, turut ditahan dalam operasi itu ialah enam pasangan lain yang berusia sembilan hingga 45 tahun.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi bersepadu yang diketuai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di tiga hotel bajet di dua lokasi berasingan di Batu Berendam.

Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersedudukan.

Kata Rahimin, jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

Seramai 52 orang telah ditahan sepanjang operasi itu termasuk tujuh pasangan tersebut atas pelbagai kesalahan termasuk ujian air kencing yang positif dadah.

Turut menyertai operasi bermula pukul 12.30 tengah malam hingga 8 pagi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved