ONEXOX
BannerFans.com

Kisah Benar : Dulu Makan Gaji Dan Kini Sudah Miliki 4 Cawangan Kedai Mamak

on Monday, April 21, 2014

Seorang India Muslim yang dikenali Haji Nasir datang ke Malaysia 30 tahun dahulu. Beliau kini seorang pengusaha restoran mamak 24 jam. Semasa datang dahulu, beliau dibawa masuk oleh Haji Kassim Ali meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil di India. Kontrak beliau dengan Haji Kassim ialah bekerja tanpa gaji.

Bukan tiada gaji tetapi jika gaji sepatutnya RM1000 beliau tidak dibayar tunai. Hanya sekadar RM200 untuk dihantar ke kampung, RM800 lagi disimpan oleh majikannya Haji Kassim. Tempat tinggal, makan dan telefon ke kampung sekali sekala ditanggung majikannya.

Selepas 5 tahun bekerja 18 jam sehari tanpa gaji dan tanpa cuti walaupun hari Sabtu dan Ahad, beliau sudah mempunyai pengalaman yang cukup luas dan modal yang cukup.

Lalu Haji Kassim membantu beliau membuka sebuah restoran sendiri dengan wang simpanannya sendiri dan dibantu dari segi khidmat nasihat berterusan oleh bekas boss nya. Mentor Mentee sudah berlaku waktu ini.



5 TAHUN BERPUASA menahan diri dari nak beli apa-apa sahaja kemahuan diri telah menjadi modal. PASTINYA modal itu ada darah dan peluh berkolam-kolam yang pernah dilaburkan. Pasti kesungguhannya untuk menjayakan perniagaan itu lebih tinggi dari mereka yang mendapat bantuan mikro-kredit dari bank untuk buka kedai.

Sekarang, beliau sudah ada rangkaian kedai mamak. Tak banyak pun, cuma sekadar 4 cawangan. Beliau dah bawa anak dan isteri ke sini pada tahun ke-8. Beliau masih lagi memandu van Vannette lama walaupun rumahnya sebuah banglo besar dan anak-anaknya semua graduan perubatan dan kejuruteraan dari United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved