ONEXOX
BannerFans.com

"Mereka Yang Dapat Dosa" – Rabecca

on Tuesday, April 22, 2014

PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam menjelaskan gambarnya yang dimuat naik di Instagram miliknya bukan untuk tontonan umum tetapi ia hanyalah untuk pengikut istimewanya sahaja kerana akaun berkenaan adalah private.

Rabecca , 28, berkata, dia kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan bahan kutukan.

 “Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai.

 “Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Selasa.



Rabecca meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya yang berpakaian seperti sejenis sut ketat berwarna merah dengan imej bertudung disebarkan kepada umum pada Ahad lalu.

Gambar tersebut mengundang kritikan hebat daripada masyarakat sehingga dia disamakan seperti watak dalam cerita kartun Teletubies.

Pelakon itu turut dikecam memandangkan dia sebagai wanita yang bertudung tidak patut berpakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.

Dalam pada itu, Rabecca turut berkata, sebagai seorang wanita yang baharu berhijrah iaitu memakai tudung, dia juga sedang berusaha dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik.

“Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,” ujarnya.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Alangkah indahnya jika mngakui kesilapan dgn hati yg terbuka dan dan menerima teguran yg baik tu dgn positif, siapapun followers dlm ig tu bkn smua mahram yg mbenarkn tengok pic2 yg tak sepatutnya dan sbg seorg muslimah ptut tahu bagaimana berpakaian mngikut syariat itu adalah perkara asas, jgn mengaibkn diri sdri dgn statement yg jahil dan nk slhkn org lain plk


April 22, 2014 at 4:52 PM
Anonymous said...

susah kalau bercakap dgn org yg jahil...


April 22, 2014 at 5:21 PM
yahooooo!! said...

Ni name nye kurang cerdik nk kate bodoh kang kasar sgt... dah d kunia kn otak untuk berfikir so xkn xbleh nk fikir bende2 mcm ni... jgn jadikan ayat 'baru berhijrah' tu sebagai alasan... ke baru bahagian kepale je yg hijrah nye.. bahagian lain belum sampau seru nm hijrah lg? Cam tu ek?


April 22, 2014 at 5:53 PM
Unknown said...

Bodo pe statement br berhijrah.. Alasan insta private? Wtf?? X payah upload pon da betol ssh gak kalau otak ppn da x betol.. Ko pon dpt dosa sbb berpakaian sebegitu dikhalayak org len plus upload utk tontonan followers2 ngok! Memang bebal susah tampal.. Saya setuju dengan ayat penglipurlara!


April 23, 2014 at 2:08 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved