ONEXOX
BannerFans.com

ND Lala mengaku salah biar Shila Amzah pakai skirt pendek dan bertudung

on Friday, April 18, 2014

Bapa kepada penyanyi terkenal Shila Amzah, ND Lala tampil kepada media hari ini untuk mengaku salah membiarkan anaknya memakai skirt pendek dalam keadaan bertudung ketika mengadakan satu konsert nyanyian di China beberapa minggu lalu.

Menurut ND Lala yang ditemui pada sidang akhbar Konsert Love Shila Amzah In Malaysia di Menara KL, beliau memberitahu kekangan masa dan kostum terhad menjadi punca kenapa bekas kekasih Sharnaaz itu terpaksa mengenakan skirt pendek dan legging berwarna kulit.

“Sebenarnya ketika Shila telah diminta oleh lima buat stesen televisyen di sana secara tiba-tiba untuk membuat rakaman dan ia diadakan pukul 1 pagi tanpa kehadiran penonton.

“Memandangkan kekangan waktu untuk pulang ke hotel dan kembali ke studio rakaman dalam tempoh dua jam, saya tidak fikir semua krew yang terlibat boleh menunggu untuk memulakan rakaman itu pada pukul 3 atau 4 pagi.

“Jadi, Shila terpaksa pakai apa yang ada dan ia seperti warna kulit. Sebagai bapa, saya ada di sana dan letak kesalahan itu kepada saya.”



Jelas ND Lala lagi, adalah tidak adil untuk terus menghukum Shila kerana dia hanya dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Setiap manusia memang tidak terlepas untuk melakukan kesilapan.

“Mesej dari saya biarlah Shila dianggap sebagai ikon penyanyi sahaja dan bukannya ikon muslimah. Cuma sebagai bapa, saya sentiasa berharap agar Shila akan sentiasa memperbaiki kehidupan dari hari ke hari.”

Sumber









PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved