Kisah menarik itu mendapat respon positif dari rakan-rakan muslim lain termasuk kalangan blogger-blogger tempatan. Buat yang tidak tahu, Rozita pernah hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang diadakan beberapa bulan lepas.
Di majlis tersebut, beliau sempat berkongsi kisah dan pengalamannya mendirikan perniagaan sendiri walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.
Terbaru, menerusi lama blog rozitaibrahim, Rozita telah berkongsi sebab dan punca sebenar mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berpurdah. Menurut wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama, Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.
Mari baca penjelasan panjang lebar Rozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai purdah.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 10 comments... read them below or add one }
Hakikat dunia begitu lah... sbb tu dunia ni hanya layak jadi perhiasan.. yg byk menipu manusia..
April 25, 2014 at 2:40 AM
Tahniah dan syabas puan... semoga ALLAH mpmudahkn urusan puan sekeluarga....
April 25, 2014 at 3:11 AM
biasalah kat malaysia ni..orang seksi2 senang dapat job..orang yang menutup aurat ni ditindas didiskriminasi oleh orang islam sendiri..kat tempat kerja kawan saya, x bagi pkai tudung solat sume..kwn saya pon behenti
April 25, 2014 at 3:14 AM
Yang saya x setuju pn ni berhijab tp masih ada niat berhias berlebihan terutama bhg matanya ketika berhijab. Ini sebenarnya madih menarik perhatian. Dan apabila membuka purdah sekarang make up yg di kenakan juga masih tebal dan ini pastinya menjemput perhatian ramai. Cara berpakain menutup aurat tp masih sarat dgn perhiasan yg x menepati syariat. Seolah2 bermegah2. Apa pun syabas pn menjadi usahawanita muslim yg berjaya.
April 25, 2014 at 5:10 AM
pernah ditawarkan bekerja dengan gaji yang agak tinggi... tetapi mempunyai syarat.. ditanyakan 1 soalan yang menyebabkan saya tidak menerima kerja tersebut.. soalannya: bolehkah seminggu dlm 3 kali je solat... kebanyakan pekerja beragama Islam..
April 25, 2014 at 5:51 AM
Islam dipandang asing oleh pemerintah sendiri
April 25, 2014 at 10:34 AM
Jgn krn mengejar kesenangan dunuawi, kita sanggup belakangkan agama. Cth wanita yg membuka tudung ketika berurusan di china.....Allah hu, sanggup menidakkan suruhan Allah semata2 utk kesenangan dunia.
April 25, 2014 at 3:27 PM
itula dunia.. dalam keterpaksaan meneruskan kehidupan..
April 25, 2014 at 9:43 PM
Jemaah haji wanita pun di haramkan berpurdah.
April 25, 2014 at 10:38 PM
Inilah dunia.. mengaku Muslim dan Islam tapi sedikit pon tidak bertindak sebagaimana yang Allah perintahkan.. kenapa mesti takut dan malu dgn agama suci ini? Pemimpin memainkan peranan penting dlm merealisasikan ISLAM di bumi Msia di mana agama rasminya adalah ISLAM..
April 28, 2014 at 9:47 PM
Post a Comment