Tok Moh menghubungi Suara TV yang dirinya masih mendapat alamat bahawa pesawat tersebut masih selamat dan berada di salah sebuah pulau di bawah kawalan AS.
“Datuk telah melakukan beberapa upacara perubatan tradisional sebelum ini dan menurut pandangan Datuk kapal terbang itu masih selamat dan berada di salah sebuah pulau.
Ibrahim enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana mahu berbincang dengan Obama terlebih dahulu.
Selain nak berbincang isu kehilangan pesawat pihaknya turut ingin membincangkan beberapa perkara lain antaranya perubatan tradisional Melayu dan seni silat Nusantara agar dapat diiktiraf sebagai salah satu warisan dunia.
Mengulas lanjut Ibrahim berkata, pihaknya telah membuat permohonan rasmi agar diberikan sedikit ruang kepadanya berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu.
“Selamat datang, Datuk ucapkan kepada Presiden Obama. Datuk telah meminta para pegawai Datuk untuk mengaturkan pertemuan ini dan mengharapkan ia dapat merungkai misteri kehilangan kapal terbang ini” ujarnya lagi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment