ONEXOX
BannerFans.com

Ramai Penerima Salah Guna BR1M - Tengku Adnan

on Thursday, April 24, 2014

KUALA LUMPUR: Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.

"Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).

"Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Wilayah Persekutuan 2014 di sini, Khamis.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional turut membayangkan pembayaran BR1M pada masa akan datang dibuat secara bulanan untuk memastikan bantuan itu diguna sebaik-baiknya.



"Kita masukkan BR1M ini dalam akaun penerima, bila sampai masanya baru mereka akan keluarkan wang itu," katanya.

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Pada majlis itu, 500 anak-anak Wilayah Persekutuan dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diraikan.

Setiap pelajar menerima sijil penghargaan bersama Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bernilai RM100 bagi pelajar UPSR, PMR (RM150), SPM (RM200) dan STPM (RM250).

Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved