ONEXOX
BannerFans.com

"Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang" - Sharnaaz Ahmad

on Wednesday, April 23, 2014

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, 29, memberitahu kepada media bahawa dia mahu menyelesaikan masalah pergaduhan dengan Lisdawati hanya selepas aktres itu bersalin nanti.

"Pertelingkahan saya dengan dia (Lisdawati) itu biarlah berlalu... Tapi saya rasa ia memang patut diselesaikan sebab saya tak mahu nanti kalau saya mati, mata tak tutup rapat."

Menurut Sharnaaz, dia tetap mahu bersemuka dan menyelesaikan perkara itu dengan Lisdawati juga suaminya, Fauzi Nawawi, tetapi buat masa ini dia menunggu masa yang sesuai bagi mengelakkan dari keadaan menjadi keruh.



"Saya tunggu Lisdawati beranak dulu, baru bincang. Sebenarnya saya malas lah nak cakap tentang perkara ini. Saya tak suka bercakap pasal orang yang tiada kena mengena dalam hidup saya."

Sharnaaz ditemui pada majlis tayangan episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta bertempat di Red Carpet Avenue @ Encorp Strand Mall, Kota Damansara.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved