"Siapa boleh tekan Barack Obama? Obama itu presiden kuasa besar. Kita ini hanya negara kecil," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.
Najib berkata demikian bagi menjawab dakwaan Anwar yang percaya Obama menghadapi tekanan supaya tidak bertemunya semasa melawat negara ini mulai esok.
Kepada soalan sama ada beliau (Najib) akan membincangkan isu Anwar memburukkan negara dan kepimpinan Najib di luar negara, ketika bertemu dengan Obama, Najib berkata:
"Tak tahu. Kita tengok dululah. Saya (akan) beritahu lepas saya jumpa Obama.
Najib berkata kerajaan akan memastikan tahap keselamatan sepenuhnya sempena lawatan kerja rasmi selama tiga hari Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di sini bermula esok.
"Insya-ALLAH semuanya akan selamat. Saya akan pastikan semuanya berjalan lancar," katanya.
Ditanya cadangan muzakarah Pas dan Umno berhubung isu hukum hudud oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Najib berkata:
"Kita nak tahu apa cadangan Pas. Kita belum tahu (perkara) sebenar apa cadangan Pas. Kalau Pas nak mengemukakan kepada kita, kita sedia terima dan tengok apa yang Pas nak cadangkan," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment