ONEXOX
BannerFans.com

Tegur kerana kutuk Karpal lagi, Ahli Parlimen BN Langkawi ‘reject’ rakan FB

on Saturday, April 19, 2014

Selepas mengutuk Karpal Singh sebelum ini, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad membuat kutukan lagi terhadap Karpal. Kali ini dia menyamakannya dengan “Abu Jahal”.

Walaupun sudah menarik balik kenyataannya, ia kenyataan menghina Karpal kata  Shamsul Kamal Ariffin Mohd Nasir, rakan FB Nawawi.

“Saya membuat komen di laman Facebooknya hari ini (semalam) untuk menegur perbuatannya yang tidak bertamadun dan memalukan orang Islam. Berlaku pertikaian pendapat antara kami yang berterusan apabila beliau menghantar pesanan peribadi kepada laman sosial saya,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.



Beliau terkejut apabila Nawawi tanpa rasa bersalah menyifatkan perbuatannya mengagungkan Islam.

“Nawawi berkata tidak kesal dengan perbuatannya itu kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan apabila saya menyatakan kepadanya perbuatan itu bukan sahaja melemahkan Umno dan BN, malah menyebabkan kebencian rakyat terhadap parti itu makin bertambah,” kata Shamsul.

Shamsul berkata Nawawi turut menyamakan Karpal Singh dengan musuh Nabi Muhammad, Abu Jahal.

“Ketika Abdullah Massud, sahabat nabi dimaklumkan mengenai kematian Abu Jahal, baginda  bersyukur panjang. Bagi saya, Karpal Singh setara dengan Abu Jahal,” tulis Nawawi.

Shamsul berkata, beliau menyelar kenyataan Nawawi dengan mempertikaikan apa haknya untuk melabel manusia.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Nawawi tidak menggambarkan kebijaksanaan seorang pemimpin, tambahan lagi apabila dia memberitahu Nawawi bahawa mendiang mempunyai keluarga.

Justeru, perbuatan memperlekehkan orang yang baru meninggal dunia adalah tidak patut.

“Tidak poke fun, tapi tetapi real agenda, saya pun ada anak isteri, so what.. .terpulang kalau you hendak kutuk hak you, orang yang tidak tahu malu adalah hak peribadi, you (Shamsul) saya tidak jenis apa yang suka kacau orang,” katanya.

TMi melaporkan pertikaian dengan Nawawi berakhir apabila ahli Parlimen itu bertindak membuang namanya dalam senarai rakan Facebooknya.

“Ia amat bertentangan dengan apa yang beliau katakan pada awal yang tidak kisah sesiapa menyatakan perasaaan tidak puas hati kepadanya dan tidak akan menyekat orang tersebut daripada memberi komen di laman Facebooknya,” kata Shamsul.

Sumber











PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved