ONEXOX
BannerFans.com

Teguran Dr Asri, Ini jawapan Erma Fatima

on Friday, April 25, 2014

Teguran bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin  sebelum ini tentang kenyataan pengarah popular Erma Fatima sebelum ini di sini.

Kini Erma Fatima menafikan dia terasa hati dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Asri berhubung kenyataannya. Erma percaya Dr Asri mungkin tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik isu tersebut sebelum mengeluarkan kenyataannya.



“Saya terima apa juga teguran Dr Asri dan tak tersentuh hati langsung. Saya percaya teguran beliau hanya berdasarkan persoalan pihak tertentu kepadanya mengenai hukum apabila saya mengeluarkan kenyataan itu.

“Sedangkan saya rasa Dr Asri mungkin tak tahu cerita penuh yang berlaku, di mana kenyataan saya sudah diputar belikan pihak tertentu yang salah tafsir dengan apa yang saya maksudkan,” katanya dipetik Harian Metro.

Kenyataan kontroversi Erma sebelum ini, ‘andai kemban membawaku ke neraka, aku redha…” sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Dr Asri sendiri yang meminta Erma menarik balik kenyataannya itu.

Isu ini diperkatakan selepas pelakon drama Taktha 3 Ratu rata-rata berkemban demi menghidupkan suasana pemerintahan Sultan Mansur yang mendapat kritikan ramai pengikut Erma di laman Instagramnya.

Tidak tahan dengan kritikan itu, Erma tampil membela diri termasuk memuat naik status kontroversi tersebut.

Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved