Buang Bayi Dalam Tangki Tandas, Dipercayai Perbuatan Pelajar Perempuan Tingkatan 4

on Thursday, May 8, 2014



Pada jam lebih kurang 9.10 am Polis telah terima panggilan telefon dari doktor pegawai perubatan klinik kesihatan Butterworth memberitahu telah jumpa mayat bayi di dalam “flush” tandas dalam klinik tersebut. Bayi tersebut ditemui oleh 1 perempuan Melayu iaitu orang awam yang pergi dapatkan rawatan.

Hasil siasatan dapati bayi tersebut telah ditemui oleh orang awam yang datang untuk dapatkan rawatan. Bayi ditemui selepas dapati ‘flush’ tersebut tiada air dan selepas penutup flush dibuka telah nampak badan bayi dalam keadaan duduk dan terus beritahu staff klinik.

Bayi tersebut adalah bayi lelaki dijangkakan dalam lingkungan umur 7 bulan dan berat 1.7 kg. Tali pusat telah dipotong. Pegawai perubatan menjangkakan bayi telah dilahirkan dalam tempoh 1 hari.

Bayi telah dibawa ke hospital seberang jaya untuk Post Mortem.

Tindakan pegawai penyiasat seterusnya,

1. Rakam percakapan saksi-saksi.
2. Pemeriksaan CCTV dan senarai daftar pesakit dan pelawat di klinik berkenaan yg mendapatkan rawatan.
3. Hantar mayat ke HSJ untuk bedah siasat, kenalpasti sebab kematian dan kumpul sampel DNA.
4. Kesan dan tangkap emak kepada mayat bayi tersebut.

Siasataan diteruskan dan seorang pelajar sekolah tingkatan 4, berbangsa Melayu, berumur 16 tahun telah ditangkap di sebuah kampung di ButterworthPulau Pinang pd jam 1430 hrs oleh team D9 IPD KEPALA BATAS.

Pengakuan suspek:

Saspek telah mengaku melahirkan bayi lelaki di dalam tandas perempuan Klinik Kesihatan Butterworth pada 6/5/2014 jam lebih kurang 0900am dan telah menyembunyikannya di dalam tangki air tandas.

Disebabkan panik saspek telah bertindak demikian. Saspek akan di bawa ke hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

tangkap jantan yang tak bertanggungjawab dan sebat dengan rotan sebelum rejam dengan batu sampai mati


May 8, 2014 at 6:44 PM

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved