ONEXOX
BannerFans.com

Luahan Hati Seorang Suami Bergaji RM3,000

on Wednesday, May 7, 2014

30hb, suami dapat gaji RM3,000.00 & terus buat internet banking bayar bil:

Bil air RM30.00
Duit rumah RM700.00
Duit kereta RM700.00
Bil telefon suami & isteri RM200.00
Bil elektrik RM170.00
Ansuran motor RM150.00
Yuran tuisyen anak RM150.00

Serta menukarkan RM150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak² bagi tempoh sebulan.



Lalu berbekalkan duit baki RM750.00 balik ke rumah, jemput isteri dari tempat kerja & terus disambut dengan isteri satu soalan:

“Hari ini hari gaji abang kan?? Jom pergi beli barang dapur, banyak dah habis, sambil tu boleh bawa bebudak makan luarlah. Malam ni, I tak laratlah nak masak. Bebudak pun esok hari sabtu cutikan?”

Suami mengangguk lemah, terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah, disambut pula dengan anak yang bongsu, “Ayah, cikgu adik cakap hari isnin, cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yang baru.”

Isteri spontan menyampuk “Minta kat ayah. Ayah baru dapat gaji”

Sambil anak yang sulung pula mencelah, “Ayah, kakak pun nak duit RM30.00. Hari isnin nak beli buku rujukan, dah dekat nak peperiksaan ni.

Si suami terus mengeluarkan RM50.00 untuk anak bongsu dan anak sulung. Kemudi,an bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk makan dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta RM50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dengan bil makan berjumlah RM50.00.

Setelah itu, langsung pergi berbelanja barang dapur dengan jumlah RM250.00 untuk barang kering dan RM50.00 untuk barang basah.

Setelah semuanya selesai, pulanglah keluarga tersebut ke rumah dengan suami hanya tinggal gaji yang baru dapat pagi tadi sebanyak RM300.00 sahaja. Maka tidurlah si suami dengan mata yang terkebil-kebil mengenangkan baki duit yang tinggal hanya dalam beberapa jam sahaja dapat gaji tadi.

Keesokkannya, pagi sabtu, isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi. Suami pun pergilah beli dengan modal RM5.00 dan surat khabar RM1.50. Manakala menjelang petang, si isteri dan anak-anak ajak suami jalan-jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu. Si suami ikutkan juga dalam keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00.

Sampai di jalan TAR, si isteri berkenan dengan tudung bawal berharga RM15.00, minta dibelikan.

Suami pun keluarkan duit bayar. Kemudian bila ke depan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula, nampak baju tidur anak-anak yang berharga RM15.00 sehelai. Isteri pun selamba kata
“Bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh. Belikan diorang yang baru ni, murah jer RM15.00″.

Suami keluarkan lagi RM30.00 untuk baju tidur anak-anak.

Lalu terus pulang ke kereta untuk balik ke rumah bersama-sama. Tetapi dalam perjalanan nak pulang, anak-anak merengek dahaga dan lapar. Minta singgah di kedai makan untuk makan malam.

Si ayah kesiankan dengan rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dengan membayar RM30.00 lagi.

Jumlah keseluruhan baki yang tinggal selepas 48 jam dapat gaji ialah RM188.50.

Esok hari Ahad. Isteri suruh pergi kedai pagi-pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi. Suami bermodalkan RM7.00 dan RM1.50 untuk suratkhabar. Tinggallah duit gaji genap RM180.00.

Malamnya pula, beri pada isteri RM150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta.

Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dengan berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak RM30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yang akan datang sama ada sampai atau tidak?

Selang seminggu selepas itu, pada hujung minggu, isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung. Suami katakan tidak ada modal. Lalu isteri menjawab dengan sinis,

“Kalau ajak balik kampung saya jer, takde duit. Kalau ajak balik kampung saya jer, abang kata takde duit. Mana pergi duit gaji abang selama ni? Takkanlah seminggu gaji dah tak berduit? Abang ada perempuan lain ke?”

Terpinga pinga suami nak dijawab, jadi perang. Nak diceritakan yang sebenar, nanti disalahkan balik.

Itulah nasib seorang suami.








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 25 comments... read them below or add one }

Lokasi said...

salam.. Maaf menganggu..berminat tak nak bt side income dengan handphone?

Cth jika anda guna hfon sbulan RM100 utk call/sms/internet, dlm masa sama dapat extra kredit RM40 dan jana income balik secara tetap 3 angka, 4 angka atau 5 angka hanya dgn hfon shj.

PM/call/sms : Faiz 0105070924


May 7, 2014 at 8:41 PM
Anonymous said...

ceraikan isteri tak guna satu sen tu


May 7, 2014 at 10:22 PM
Anonymous said...

sang suami kena tegas bile isteri cmtu. ni salah suami gk manja sngt berlembut dgn isteri. bukan nk suruh tampa ke ape, tp kena ajar isteri supaya memahami keaddan suami. ni patut dibincang dulu sblm kawen lg.


May 7, 2014 at 10:33 PM
Anonymous said...

Patut kena bentang kan kira2 tadi kat isteri..baru dia nampak. Bila isteri tak tahu tu yg jadi gitu...jgn simpan sorg2 pastu luah kat FB..paling sadis kat orang ketiga...huhu


May 8, 2014 at 12:18 AM
Anonymous said...

Untungla si isteri dpt suami mcm tu.....tp ade jgk sume nasib sumesteri yg terpksa pk psl duit kete sewa umh duit susu ank duit bju ank....pdahal sume tgs nafkah ditangan suami tp kisahnye terbalik....lg kesian....tp xpe Allah maha..setiap nafkah yg dibelanjakn untk ank isteri dpt pahala besar..begitula jgk seblknye.si suami yg rugi...dan yg untg si isteri


May 8, 2014 at 2:32 AM
Anonymous said...

Kenapa semua suami nak tanggung semua beban? Kenapa tidak dia duduk semeja dengan isteri, berbincang tentang kewangan?
boleh buat perancangan untuk setiap bulan. Boleh bincang macam mana pembahagian duit. Kurangkan apa yang tak patut.


May 8, 2014 at 3:54 AM
artzhand said...

TERBAIK CITE NI... sesungguhnya inilah yang dialami... :')


May 8, 2014 at 4:51 AM
Unknown said...

Jom Jana income dgn Phytoscience. Pm saya utk keterangan lanjut


May 8, 2014 at 7:14 AM
Anonymous said...

Masalah para suami skg ni..mnganggapkn tak perlu nk ajak bini brbincang..smua bnda nk tanggung sendiri..pasti nk ckp bini tak paham situasi..haishhhh...kn dh mengeluh tak sudah


May 8, 2014 at 8:28 AM
Unknown said...

Perempuan ramai macam ni... ingat semua suami cop duit hari-hari.


May 8, 2014 at 10:40 AM
Sharifah Rodziah said...

Banyak penyelesainyanye.. jgn kita fikir masalah yg sememangnya... itu semua keperluan.. yg penting kita cr cara lain utk menyelesaikan situasi ini.. para isteri yg
duduk rumah shjpn sebenarnye boleh
membantu suami utk menaik taraf
ekonomi keluarga... PM sy utk Pencerahan


May 8, 2014 at 5:17 PM
Anonymous said...

Bkn smua suami tnggung 100%perblnjaan umhtngga sprti dlm cerita ni..sbg cth sy sbg istri tggung 80% prblnjaan kluarga stp bln.hnya yg slbhnya si suami.


May 8, 2014 at 5:21 PM
Anonymous said...

Samalah mcm aku,, isteri tak faham, terus marah tuduh2 .. setiap bln selalu mcm tu, kdg2 terasa nak bersaorangan semula bila dah isteri tak faham, tuduh plk mcm2, makan minum aku dia tak layan apa lagi hal lain....sedih sangat.. ni nak GST,, lagi parah, sbb tu aku sebagai kakitangan awam, dah tak ada rasa sokong kerajaan BN lagi walaupun aku mmg ahli UMNO dan mmg penting dalam JKKK... dah buang terus rasa hormat BN... dah tertekan nak ditekan lagi...


May 8, 2014 at 6:04 PM
erroneous said...

ni RM3000 ni gaji bersih.... kalau gaji pokok lagi naya.... tolak kwsp, socso, tabung haji, income tax, duit club office tinggal ler dalam RM2500


May 8, 2014 at 8:49 PM
lizania said...

Sian suami die....isteri knalh tolak ansur jgn sik nk mcm2....duit skit mkn kt umah je xyah nk bjln2 sngt...


May 9, 2014 at 12:28 AM
Anonymous said...

Org lelaki ketua. Main peranan la . Bincang & berterus terang. Kenapa lelaki malas nak cakap malas berbincang . Suka diam.


May 9, 2014 at 5:09 AM
politicalamity9 said...

apa jadi dgn gaji isteri??


May 9, 2014 at 5:52 AM
Anonymous said...

Betoi...sy setuju..sma mcm nasib saya..


May 9, 2014 at 2:38 PM
Unknown said...

isteri kn tau buget keluarga..bkn main mintak je..so nk selamat isteri fikirkn mcm mn nk tambah income keluarga..dok rumah pon bleh jana income..mcm2 biz ada..kalo suri2 rumah nk tambah income dr rumh..sy pon bĺeh bantu..insyaallah..skrg suri2rumah pon dh dpt 5 angka..x mustahil pon..nk n x nk..kn cerdik fikir...jgn nk hrp gaji suamI je


May 10, 2014 at 1:38 AM
LGnava said...

Inshaa Allah...
Allah janji.. Kalau jaga 5 waktu solah..
Allah akan lepaskan kesempitan hidup... berkatkan rezki... kebahgiaan dll.....


May 11, 2014 at 3:23 AM
Young Traveller said...

kereta apa rm700, myvi pun rm450.... boleh dikurangkan...
isteri pula keje pejabat tak bantu ker??? haiyoo... ni la masalah bila tidak berkomunikasi..


May 12, 2014 at 2:57 AM
Anonymous said...

tak semua gini, ramai juga isteri yg bantu belanja rumahtangga melebihi sepatutnya demi sebuah keluarga bahagia...


June 3, 2014 at 7:31 PM
myhomebusiness08 said...

Kena ada side income, Buat biz tone excel secara online, x perlu jumpa orang, income lebih rm184,000 sebulan, daftar percuma dulu dihttp://mudah123.com/?ref=4598


June 5, 2014 at 6:51 AM
Lilin said...

Nasib saya sama macam awak. Cuma saya ni perempuan dan suami saya paling bahagia pada hari gaji saya :)


November 18, 2014 at 8:01 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved