Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 26 tahun meletakkan begnya di dalam bilik persalinan sebelum mengikuti sesi latihan dan kembali semula kira-kira dua jam kemudian. Sebaik memeriksa dompetnya, mangsa terkejut apabila mendapati wangnya berkurangan sebanyak RM500.
Sumber berkata, mangsa memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan pasukan sebelum mereka meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik berkenaan dan mendapati wang itu dicuri rakan sepasukan mereka.
di tuduh curi wang Pemain JDT Dipecat Kerana Curi Duit RM500
Katanya, pihak pengurusan pasukan berjumpa dengan pemain yang disyaki mencuri terbabit dan dia mengaku mengambil wang berkenaan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan laporan kejadian dibuat mangsa hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengesahkan kejadian dan pemain terbabit digugurkan dari pasukan JDT berkuatkuasa hari ini
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment