ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA PELUMBA SUPER SIRI MALAYSIA MAUT SEMASA SESI LATIHAN DI LITAR SEPANG, TERJAWAB?

on Friday, May 16, 2014

Seorang pelumba Siri Super Malaysia, Amaludin Abd. Rahman meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan ketika sesi latihan bagi pusingan pertama Siri Super Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang.Amaludin, 42, mengambil bahagian sebagai pelumba baharu di bawah kategori Super Stok B.K

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 petang.

Menurut sumber, punca kemalangan ini berlaku, apabila Amaludin dikatakan gagal mengawal motosikal ditunggangnya di selekoh ke-15 lalu merempuh tayar yang digunakan sebagai pembahagi jalan.Pasukan perubatan segera digerakkan ke tempat kejadian untuk memberi rawatan kecemasan.

Namun, Amaludin disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Satu laporan polis telah difailkan dan pihak polis akan menjalankan siasatan ke atas kejadian itu.Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC) akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan mereka.



Sumber







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved