1. Terlalu Memilih Pasangan
Korang percaya tak dari segi luaran, perempuan cantik memang suka pada lelaki yang hensem. Kalau boleh, nak yang tinggi 7 kaki, badan berketak, muka macam Shah Rukh Khan, hidung mancung..macam-macam lagi la. Maklum la orang cantik, kriteria untuk jadi pasangan dia mesti menepati taste dia jugak. Selepas tu barulah diselidik kerja apa. Kerja tu mestilah setaraf atau lebih tinggi dari perempuan tu. Katanya lagi “kami bukan terlalu memilih, tetapi mencari yang sepadan,secocok, sekufu dan seangkatan dengannya”.
2. Gaji Dan Pangkat Tinggi Dari Lelaki
Dah la cantik, pastu kerja gaji beribu-ribu ringgit pulak sebulan. Lelaki yang kat luar cuak nak masuk line tu. Pada mata lelaki, takkan la perempuan cantik dan bergaji tinggi tu nak pandang lelaki yang kerja biasa ni. Sebab tu la daripada awal, lelaki tak nak ambik risiko pergi usha perempuan cantik..bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan je. Kena reject seminggu tak makan nasi beb.
3. Serik Nak Bercinta
Siapa kata perempuan cantik tak pernah putus cinta? Tersilap pilih lelaki buaya, parah la jawabnya. Bila dah putus cinta, mungkin rasa fobia kot bab-bab bercinta ni. Dah tak percaya dan malas nak taruh harapan kat mana-mana individu yang sibuk duk usha dia..takpa la, dia nak forever alone..huhu. Maybe sebab ni pun perempuan cantik lambat dapat jodoh.
4. Tidak Serius
Dah elok-elok couple dengan orang tu, putus sebab ada lelaki lain. Alasan yang di bagi takde jodoh. Macam mana nak ada jodoh kalau tak serius dalam hubungan. Ambik perhatian ye..khas untuk lelaki dan perempuan yang tak istiqamah dalam perhubungan tu.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
Ye ke ni? :)
May 18, 2014 at 5:31 AM
Post a Comment