Laporan The Telegraph, London menyatakan dua wartawan New Zealand yang sedang menulis buku mengenai penerbangan misteri itu mendakwa mereka bercakap dengan Faizah Khan, yang mendedahkan bahawa anak lelaki sulungnya mengenali suara yang menyampaikan kata-kata terakhir itu sebagai suara ayahnya.
Panggilan itu dibuat daripada kokpit kepada pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kurang sejam selepas pesawat itu berlepas.
Pesawat Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang dan tiada kesan serpihan dijumpai walaupun usaha mencari di peringkat antarabangsa diteruskan.
Geoff Taylor, timbalan editor Waikato Times di New Zealand, berkata beliau dan penulis bersama, Ewan Wilson bercakap dengan adik ipar Zaharie, Asuad Khan di Pulau Pinang dan kemudian dengan isteri Zaharie yang berusia 53 tahun.
Asuad pada mulanya menyatakan suara itu bukan suara abang iparnya tetapi kemudian apabila beliau menghubungi kakaknya, Faizah, di hadapan wartawan berkenaan, Faizah mengesahkan bahawa suara itu adalah suara suaminya.
“Dalam tempoh lebih tiga bulan sejak penerbangan itu hilang, tiada sesiapapun dalam media yang berjaya mendapatkan isteri Zaharie,” Taylor memberitahu Waikato Times.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment