Walaupun pasukan Argentina sudah melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil, ayam tambatan pasukan itu Lionel Messi telah mendapat kecaman hebat dari jutaan penduduk dunia khususnya orang Islam.
Ribuan orang mula mematikan sokongan ke atas pemain itu dan pasukannya Barcelona selepas tersebarnya gambar pasukan dari La Liga itu sebenarnya menyokong Israel dan rejim Zionis.
Gambar tersebut dirakam ketika pasukan Barcelona dan Messi melawat Israel tahun lepas sebagai misi keamanan termasuk memberi harapan baru kepada rundingan damai antara Palestin dan Israel.
Beberapa keping gambar Messi yang juga Ketua Pasukan Argentina beramah mesra dengan Perdana Menteri Zionis Benjamnin Netanyahu.
Sekeping gambar yang menjadi viral kebencian penyokong Argentina dan Messi ialah gambar pemain itu memegang sehelai kemeja-t dengan tertulis perkataan Stand With Israel.
Gambar itu dipercayai telah diambil ketika FCB berkunjung ke bumi Palestin pada musim lalu. Ketika serangan Yahudi diperhebatkan ke atas Gaza, maka gambar berkenaan timbul kembali dan mengundang marah penyokong.
Messi dilihat begitu ceria berdiri di samping Netanyahu yang telah memberi arahan kepada askar rejimnya membunuh dan melancarkan serangan udara ke atas pejuang Islam dari Palestin.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 2 comments... read them below or add one }
itu gambar photoshop la dol. research dulu lain kali. jangan nak fitnah sahaja
July 10, 2014 at 8:41 AM
Really?? Oo... Sib baik x tertipu...
July 10, 2014 at 4:41 PM
Post a Comment