ONEXOX
BannerFans.com

Emma Maembong dimaki secara pukal kerana upload foto kesedaran tentang Gaza, Palestine

on Thursday, July 10, 2014

Semalam, pelakon sedang meningkat naik Emma Maembong telah memuatnaik sekeping foto di laman Instagram peribadinya yang mengandungi satu tulisan ringkas bertujuan untuk memberi kesedaran tentang serangan ke atas Gaza, Palestine oleh Israel.

Bagaimanapun, gambar tersebut mencetuskan ketegangan di kalangan peminatnya kerana rata-rata tidak bersetuju kenyataan yang ditulis didalamnya.

Ini kerana, ramai beranggapan Emma seolah-olah mempersoalkan sikap orang ramai yang dikatakan tidak memperdulikan nasib yang menimpa rakyat palestine kerana lebih memberi fokus kepada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 antara Jerman menentang Brazil.



Kemuncak daripada ketegangan sesama pengikut Emma di laman Instagram, ada peminat dengan beraninya melemparkan komen-komen yang amat pedas.

Selain itu, ada juga yang meminta agar aktres kacukan Melayu-Scotland itu lebih sensitif dengan situasi semasa kerana sikap prihatin dan doa tidak semestinya perlu ditunjuk kepada umum atau menerusi platform laman sosial.





Sumber












PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved