ONEXOX
BannerFans.com

5 FOTO: Adik Rakam Kesengsaraan Pada Hari-Hari Akhir Kematian Abangnya

on Monday, August 25, 2014

Melihat darah daging sendiri menderita kesakitan yang teramat sangat di depan mata pastilah satu pengalaman yang amat pahit.

Kepahitan itu tak mungkin mampu diterjemahkan dengan kata-kata kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Namun apabila seorang adik berkongsi ‘detik’ kesengsaraan abangnya yang sedang meniti saat-saat akhir sebagai pesakit kanser menggunakan foto, derita itu kelihatan jelas dan menyentuh hati.

Itulah yang dirasakan apabila melihat gambar-gambar yang dirakam Ahmad Yusni pada 39 hari terakhir yang dilalui abangnya, Mohammad Sani sebaik sahaja didiagnos menghidap kanser ‘germ sell’.

Sel kanser yang dihidap Mohammad Sani sangat agresif, hinggakan dia terpaksa menanggung kesakitan di seluruh tubuhnya.





Kesakitan itu tertera jelas dalam gambar-gambar dirakam Ahmad Yusni, antaranya momen pada 11 Disember 2012 di rumah mereka di Georgetown, Pulau Pinang di mana abangnya berlutut di atas katil menahan kesakitan yang teramat sangat hinggakan dia tidak mampu untuk menelan sebarang makanan mahu pun minuman.

Pada 14 Disember pula, Mohammad Sani dirakam duduk termenung di hadapan tandas sambil merokok kerana tidak mampu untuk tidur walau sejenak meskipun selepas diberikan morfin bagi menahan kesakitan.



Mohammad Sani dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan abangnya yang sudah pergi terlebih dahulu.

Mengenang semula detik-detik bersama abangnya hingga ke saat akhir nyawa ditarik, Ahmad Yusni menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.




Paling tidak dapat dilupakannya, terdapat dua malam di mana dia melihat abangnya bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat depan mata namun tidak ada apa yang mampu dilakukan bagi membantu. Akhirnya dia ikut menangis kerana terlalu sedih.



Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Sani.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved