Gara-gara menggunakan inai homemade yang dibeli berharga RM10, kuku kepada anak seorang pengguna Facebook, Puan Diela telah rosak, reput dan hampir tercabut. Beliau memuatnaik gambar-gambar bukti kesan kuku anaknya itu di laman Facebook peribadi beliau.
Kakak Ipar Puan Diela yang tidak berpuas hati telah mendapatkan jawapan daripada penjual inai jenama "Seduction Nail" itu. Jawapan yang diberikan amat memeranjatkan apabila bahan-bahan inai homemade tersebut adalah campuran sabun EXION, KAPUR dan Bahan Pewarna.
Ini luahan hati Puan Diela:
Salam semua... jauhi anak2 anda dengan inai mcm ni k... Ank sy pkai menagus xberhenti kesakitan... now kuku jd reput nk tercabut....kakak ipa sy berkeras tnya pd penjual dia ckp perkara biase rse denyut2...ank sy sakit sgt2 bpe jam dia menangis..dah basuh pun still sakit lg... kakak ipa sy tnya n marah penjual tu tnya isi kandungan inai tu,baru penjual bgtahu yg inai ni ade campuran sabun exion,kapur n bahan pewarna... hati2 ye kwn2.... sian ank sy terkena
Semoga para penggemar inai berhati-hati sekiranya membeli inai homemade. Jangan hanya kerana harganya yang murah sanggup mengambil risiko mencuba jenama yang tidak diketahui keberkesanannya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
ni bukan inai, ni pewarna kuku segera yg konon bleh bwk sembahyang. pewarna kuku ni memang dah famous since taun 90an dulu. Mmg bahan2 dia buat dr lendir sabun, kapur n pewarna sirap. Dh tau, kuku kanak2 tu lembut pergi gatal pakaikan dh kenapa, salahkan diri sendir lah, anda yg beli, pakai dan anda yg tanggung. benda ni basic kt smua perbuatan kita seharian. Aku memang tak suka pewarna kuku ni.
August 7, 2014 at 7:49 PM
Post a Comment