ONEXOX
BannerFans.com

ADUN NS enggan keluar dari rumah dilelong, mahkamah arah barangan disita

on Tuesday, August 26, 2014

MELAKA 25 Ogos - Mahkamah Majistret hari ini mengeluarkan perintah bagi menyita barangan bernilai RM24,000 di sebuah banglo dua tingkat yang terletak di Jalan Datuk Palembang di sini milik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), berpangkat Datuk dari Negeri Sembilan.

Perintah tersebut dikeluarkan berikutan ADUN itu didakwa enggan keluar dari banglo tersebut setelah dibeli oleh pesara, Abdul Karim Darif, 62, dengan harga bidaan RM700,000 pada Jun 2010.

Peguam, Zorah Jan Mohd. Newaz yang mewakili Abdul Karim berkata, notis pemberitahuan telah diberikan pada 21 Mei lalu di dua alamat iaitu di banglo itu dan satu lagi di sebuah rumah di Kampung Pantai, Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, dalam tempoh itu tiada maklum balas diberikan oleh pihak defendan (ADUN terbabit) dan disebabkan hal itu plaintif (Abdul Karim) telah membuat permohonan pada 8 Julai lalu untuk mengambil tindakan mahkamah.

"Hasil daripada permohonan tersebut, Mahkamah Majistret kemudian membenarkan untuk pihak kami menyita barang-barang di banglo milik defendan," kata beliau.

Menurut Zorah Jan, barangan yang disita sehingga kini masih belum dibawa keluar dari banglo itu untuk memberi peluang kepada ADUN terbabit dengan syarat defendan sendiri perlu membuat tuntutan kepada pihak mahkamah dalam tempoh 10 hari iaitu sehingga 5 September ini.

Zorah Jan berkata, banglo yang sebelum ini merupakan milik ADUN tersebut telah dilelong oleh pihak bank pada 2010 dan telah dibeli pesara kerajaan itu.

Dalam pada itu, Abdul Karim berkata, sejak membeli banglo itu dia telah membayar ansuran bulanan sebanyak RM3,200 kepada pihak bank bermula 2010 hingga kini.

"Bagaimanapun, dalam tempoh tersebut, iaitu sudah empat tahun ADUN itu tidak mahu keluar dari banglo tersebut," katanya.




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved