ONEXOX
BannerFans.com

Along Eyzendy Ditahan Polis Di Kelab Malam

on Tuesday, August 12, 2014

Pelakon terkenal, Along Eyzendy dilaporkan telah ditahan polis di kelab malam pada April lalu. Bagaimanapun, Along Eyzendy dengan beraninya telah tampil bagi membersihkan namanya dan mendedahkan perkara sebenar apa yang berlaku di kelab malam itu.

“Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

“Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan.

“Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

“Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif,” katanya.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Sebetulnya beginalah manusia, segera mengaku jika terdapat sebarang kesilapan. Bg aku, lebih baik mengaku dari mati2an xnakmengaku salah sendiri. Semua manusia ada buat salah kan..


August 13, 2014 at 12:19 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved