KUALA LUMPUR: Ketua Komunikasi Air Asia Aziz Laikar berkata 'berita' berkenaan sebuah pesawat Air Asia terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah palsu dan menggesa pengguna supaya berhenti menyebarkan khabar angin.
"Khabar angin itu tidak benar. Kami menggalakkan orang ramai untuk mengabaikan apa-apa mesej Whatsapp atau mesej SMS yang mereka terima mengenai khabar angin itu dan berhenti berkongsi berita berkenaan, "katanya kepada Astro AWANI.
Pengguna Media sosial telah sibuk menceritakan hal berkenaan sejak tengah hari bahawa penerbangan Air Asia AK5671 dari Kuching telah terhempas di lapangan terbang hari ini.
Mesej tersebut tersebar dengan gambar sebuah kapal terbang mainan yang terbalik.
Dikepilkan dibawah adalah komen-komen pengguna mengenai perkara tersebut.
Siapalah yang tak bertanggungjawab menyebar berita-berita sebegini.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment